The Rock Serius, Mahu Jadi Presiden USA Tahun 2020

Share This:

Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan nama The Rock disebut-sebut sebagai calon yang bakal bertanding untuk merebut jawatan presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020.

Walaupun pilihan raya di Amerika bakal diadakan tiga tahun dari sekarang, berita itu sudah tersebar kepada umum.

Spekulasi tersebut dikukuhkan lagi dengan entri di Instagram The Rock dengan memberi bayangan dan reaksi positif terhadap laporan TIME mengenai isu pencalonannya.

“Terima kasih TIME. Saya mengucapkan terima kasih atas idea tersebut dan mendapat sokongan yang sangat nyata.

“Beberapa dari sekarang jika saya mampu melangkah menjadi pemimpin yang kuat, berpengaruh dan authentic bagi masyarakat dan negara, saya akan (menjadi presiden),” tulisnya.

Menurut The Sun, The Rock kini mula serius mempertimbangkan usaha untuk ke peringkat pencalonan sebagai presiden.

“Aku benar-benar serius mempertimbangkannya sekarang. Ya!,” katanya dalam rancangan Ellen DeGeneres Show.

Walaupun belum rasmi dicalonkan, tapi The Rock dah ada ramai penyokong termasuk rakan lakonnya dalam  filem Jumanji: Welcome to The Jungle, Kevin Hart.

Foto: variety.com

“Jika dia berjaya menempatkan diri di posisi itu, dia akan mendapat sokongan penuh dari saya. Saya tahu dimana hatinya. Saya benar-benar mengenalinya.

“Jadi, saya tahu jika dia meletakkan dirinya di posisi itu, itu untuk kebaikan orang-orang. Saya hanya akan bertepuk tangan dan memberikan sokongan untuk itu.”

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*