Real Madrid Tambah Trofi Ke-5 Untuk 2017

Share This:

Real Madrid terus membuktikan mereka antara pasukan terkuat dunia apabila berjaya menjulang Piala Kelab Dunia FIFA buat kali ketiga.


Real menewaskan Kelab Brazil, Gremio menerusi gol tunggal pemenang Ballon d’Or 2017, Cristiano Ronaldo pada aksi final di Abu Dhabi.


Kejayaan ini sekaligus menyamai rekod seteru utama, Barcelona.

Pada aksi final itu, perlawanan berlangsung sengit tanpa sebarang jaringan pada babak pertama.


Peluang hadir pada minit ke 53 dan Cristiano Ronaldo memanfaat dengan sempurna sepakan percuma yang diberi untuk mengesahkan kemenangan real.

Ini bermakna, ia trofi kelima Real Madrid tahun ini selepas liga juara-juara, La Liga, Piala Super Eropah dan Piala Super Sepanyol.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*