Rakaman Trump Minum Dengan Dua Tangan Cetus Kebimbangan Rakyat Jelata

Share This:

Siapa sangka cara minum air juga telah menimbulkan isu dan menjadi viral di laman sosial.


Netizen terutama di Amerika Syarikat dikatakan berasa bimbang selepas melihat presiden Donald Trump dilihat memegang cawan dengan dua belah tangan ketika berucap di White House, pada Isnin. 


Trump ketika itu berhenti seketika untuk minum air.

Namun, presiden itu mengambil cawan dengan kedua belah tangan, seperti yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak. 


Laman Twitter mula kecoh bila netizen ‘mendiagnos’ perlakuan Trump itu sebagai simptom awal penyakit demensia. 

Sebelum ini juga terdapat insiden hampir serupa apabila Trump memegang botol air mineral dengan kedua belah tangan. 


Penyakit Demensia merupakan sejenis penyakit yang berkaitan fungsi otak yang menyebabkan pengurangan keupayaan untuk berfikir dan mengingati secara perlahan-lahan. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*