Perjanjian Pengecualian Cukai Dua Kali Bantu Pembangunan Negara

Share This:

Malaysia sekali lagi menandatangai Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) dengan negara Rusia dalam majlis menandatangani perjanjian tersebut di Bahagian Cukai Kementerian Kewangan Malaysia pada 14 Disember 2017.

Perjanjian cukai dua kali ini dilakukan apabila warganegara asing memperoleh pendapatan penggajian daripada Malaysia tetapi beliau adalah pemastautin negara lain, cukai pendapatan mungkin kena dibayar oleh beliau di negara Malaysia dan juga di negara beliau bermastautin.

Bagi tidak membebankan individu yang bekerja dan memperoleh pendapatan daripada Malaysia ini, masalah dapat diatasi melalui persefahaman antara dua negara terlibat.

Oleh itu melalui PPPDK ini, kerajaan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) dengan beberapa negara lain juga bagi mengelak berlakunya cukai dua kali jika pendapatan yang sama tertakluk kepada cukai di lebih daripada satu negara.

Secara kaedah am menyatakan pendapatan dari penggajian yang diperoleh oleh individu yang merupakan pemastautin di sebuah negara pejanji (misalnya Singapura) mungkin dikenakan cukai di negara lain (misalnya Malaysia) jika penggajian dijalankan di negara lain itu (Malaysia).

Walau bagaimanapun, jika penggajian di negara lain (misalnya Malaysia) adalah untuk tujuan jangka pendek dan bagi memudahkan pergerakan kakitangan yang mahir, pengecualian cukai dibenarkan oleh negara di mana penggajian dijalankan (Malaysia) jika beberapa syarat dipatuhi.

Antara syarat yang perlu dipatuhi dan ini mungkin berbeza antara satu PPPDK dengan yang lain, seperti tinggal atau bermastautin tidak melebihi tempoh 183 hari dalam tahun kalendar bagi warganegara asing berada di Malaysia.

Pengecualian cukai juga jika pembayar saraan kepada warganegara asing yang bekerja di Malaysia adalah bukan pemastautin.

Melihat dari sudut positif, apabila termetrainya perjanjian seperti ini memberikan satu kelebihan buat Malaysia bagi menarik lebih ramai tenaga pakar dari luar untuk bekerja dan membangunkan negara Malaysia.

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*