Mereka Memang Bermatlamat Hanya Untuk Jatuhkan PM

Share This:

Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebenarnya bukan sebab utama untuk beberapa pihak tertentu mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi sebenarnya mereka memang sudah berniat untuk menjatuhkan beliau dengan apa cara sekalipun.

Dalam satu wawancara Anda Tanya Kita Jawab, Diskusi Umno-Online, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sudah mendedahkan perbuatan bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin yang tidak bangkitkan langsung itu dan isu wang RM2.6 bilion ketika dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Menurut beliau, Muhyiddin tidak pernah menegur atau menyoal Najib mengenai perkara itu dan memilih untuk berdiam diri.

“Masa itu ahli-ahli MT berasa aneh kenapa Timbalan Presiden tak buka mulut? Kenapa Timbalan Presiden tak panggil-panggil kami.

“Kalau Presiden kononya buat tak betul, Timbalan Presiden ada pandangan berlainan, (beliau sepatutnya berkata sesuatu),” katanya.

Annuar juga dedahkan beliau pernah mengaturkan satu pertemuan dengan Muhyiddin untuk mendapatkan gambaran sebenar perkara itu tapi mesyuarat itu tidak pernah diadakan.

“Saya menelefon pegawai Muhyiddin untuk mengaturkan satu perjumpaan untuk saya hantar satu delegasi dan kami semua lantik MB Pahang (Datuk Seri Adnan Yakub) untuk pergi dengan Muhyiddin bincang.

“Nak dengar cerita dia apalah benda sebenarnya. Belum sempat nak atur perbincangan itu, dia pergi letupkan di Cheras.

“Maknanya secara diam, dia aturkan rancangannya untuk menjatuhkan Najib. Dalam MT dia tak bercakap,” katanya.

Dalam bahasa mudahnya, jika benar-benar 1MDB itu adalah isu utamanya, Muhyiddin sudah pasti akan membangkitkan berkenaan perkara itu dalam mesyuarat MT dan isu itu akan diselesaikan sebelum dididahkan kepada pengetahuan umum dan orang ramai.

Oleh kerana Muhyiddin tidak mahu rancangannya itu gagal, dek kerana masalah itu sudah diselesaikan, sebab itu Muhyiddin mendiamkannya dan tidak mahu membincangkan di dalam mesyuarat.

Jika bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa beliau ada menegur Najib berkenaan isu 1MDB itu, ia adalah tidak benar dan Muhyiddin berbohong. Selepas dipecat dari UMNO dan dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, kemudian Muhyiddin bersekongkol dengan Pengerusi PPBM, dan DAP untuk menjatuhkan Najib.

Dalam satu tulisan bekas Editor MerdekaReview Lim Hong Siang di portal Malaysiakini, beliau juga tahu bahawa satu Malaysia sudah menyedari bahawa gandingan Mahathir dan Harapan termasuk Muhyiddin berasaskan matlamat bersama untuk menjatuhkan Najib.

Tidak ada sebenarnya dalam gandingan itu keutamaan berkaitan teknologi, keutamaan tentang sistem pengangkutan awam, dasar pendidikan atau perancangan untuk rakyat sebaliknya hanya untuk menjatuhkan Najib. Semua rancangan itu bermula dari bekas orang nombor dua dalam UMNO iaitu Muhyiddin yang sudah merancang mahu menggulingkan Najib.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*