Melayu Tolak Gandingan Mahathir Bersama DAP

Share This:

RAKYAT Malaysia tahu siapa DAP. Rakyat Malaysia tahu siapa yang mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei 1969. Rakyat Malaysia tahu siapa yang berada di belakang Parti Komunis Malaya. Rakyat Malaysia tahu dengan jelas siapa pengkhianat negara.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan untuk bergandingan dengan musuh negara untuk menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional maka orang Melayu tahu secara nyata bahawa Mahathir juga merupakan pengkhianat negara.

Dahulu orang Melayu menyokong Mahathir ketika pentadbirannya sebagai perdana menteri adalah kerana Umno dan bukannya kerana Mahathir sendiri. Oleh itu tindakan pembangkang diketuai DAP yang berhasrat menggunakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tersilap jika fikir mereka akan berjaya menarik undi Melayu dalam pilihan raya umum ke 14(PRU14) akan datang.

Menurut Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa, “Waktu saya bekerja untuk Mahathir, saya menghadapi masalah menyakinkan orang Melayu. Orang Melayu yang menyokong PAS sekian lama tolak Mahathir.

“Orang Melayu yang ikut Mahathir pula, adalah orang Melayu yang ikut kerana Umno-nya, bukan Mahathir-nya.

“Jadi orang Melayu yang ikut Mahathir kerana Mahathir, jumlahnya tidak besar,” katanya dalam forum Umnno Online bertajuk ‘Umno – Parti Untuk Masa Depan’.

Dengan tindakan Mahathir yang memilih untuk menjadi seorang lagi hamba abdi DAP maka sudah tentu sebahagian besar orang Melayu yang menyokong Mahathir dahulu tidak lagi akan menyokong beliau hari ini.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*