Mayat Tergantung Di Pokok

Share This:

Orang awam digemparkan dengan penemuan mayat lelaki berbaju putih dan seluar biru, tergantung pada dahan pokok, lapor BH Online.

Menurut laporan, mayat itu ditemui di kawasan hutan di Saujana Akasia, Kuang, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Somu Subramaniam mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu.

“Siasatan dijalankan dengan bantuan pihak Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di lokasi kejadian dan mendapati tiada unsur jenayah.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*