Mayat Lelaki Tergantung Pada Dahan Pokok

Share This:

 

Pada tengahari semalam ,mayat seorang lelaki ditemui mati tergantung pada dahan pokok di kawasan hutan di Saujana Akasia, Kuang.

Menurut sumber, mayat lelaki berbaju putih dan seluar biru itu ditemui oleh orang awam pada kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, yang kemudian melaporkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Somu Subramaniam mengesahkan kejadian berkenaan.

“Siasatan dijalankan dengan bantuan pihak Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di lokasi kejadian dan mendapati tiada unsur jenayah.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*