Kenapa Najib Pilih Skandal Forex Untuk Serang Mahathir

Share This:

Najib mempunyai banyak pilihan untuk menyerang Mahathir. Najib boleh memilih salah satu daripada puluhan skandal yang ditinggalkan oleh Mahathir. Tetapi Najib memilih skandal forex Bank Negara untuk menyerang Mahathir. Dan ini dilakukan dengan alasan kukuh.

Saya boleh memberikan anda beberapa perumpamaan untuk menerangkan blog terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertajuk SURUHANJAYA DIRAJA. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Mereka yang hidup dengan pedang, mati dengan pedang. Jangan lakukan apa yang anda tidak tidak mahu orang lain lakukan kepada anda.

Bagaimanapun, saya pasti anda tahu apa yang saya maksudkan. Mahathir sangat kecewa apabila Perdana Menteri Najib Tun Razak mengalahkannya dalam permainannya sendiri … dan ada lebih banyak lagi, sebenarnya.

Mahathir berhempas pulas cuba menyingkirkan Najib dengan cara yang paling kejam dan tidak henti-henti serta tidak ada belas kasihan. Walau bagaimanapun, apabila dia diserang, Mahathir tidak dapat menahannya. Mahathir mahu “shadowbox”. Dia mahu memukul Najib tetapi dia tidak mahu Najib membalas. Dan sekarang Mahathir merungut yang Najib menggunakan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) yang ditubuhkan untuk menyiasat kerugian Bank forex sebanyak RM31.5 bilion untuk menyerangnya (… .penubuhan RCI bertujuan mencari alasan untuk mengaitkan dan menyalahkan kepimpinan parti lawan dengan dakwaan bahawa pegawai-pegawai Bank Negara menipu jumlah kehilangan wang semasa mengurus mata wang dagangan 30 tahun dahulu).

Mahathir sangat sakit hati Najib mengalahkannya dalam permainannya sendiri dan sekarang pemburu itu diburu

Sudah tentu Mahathir tahu apabila anda memukul seseorang maka orang tersebut akan memukul anda kembali – dan kadang-kadang memukul anda kembali lebih kuat. Malah anjing akan menggigit anda jika anda menendangnya. Mahathir juga memasukkan Anwar Ibrahim ke penjara pada tahun 1998 ketika Anwar merancang melawannya. Dan apakah Mahathir memperlihatkan belas kasihan kepada Anwar? Hingga hari ini Mahathir tidak menunjukkan sebarang penyesalan mengenai apa yang dilakukannya terhadap Anwar. Jadi apa yang diharapkan oleh Mahathir apabila dia membuat plot terhadap Najib dan selama tiga tahun yang lalu cuba pelbagai cara dan cara untuk menyingkirkan Najib?

Kesilapan di sini ialah Mahathir fikir Najib akan disingkirkan. Ketika Mahathir mula menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) pada bulan Jun 2006, 33 bulan kemudian Pak Lah meletak jawatan. Tetapi kini sudah 36 bulan sejak Mahathir memulakan serangan terhadap Najib dan dia masih enggan meletak jawatan. Malah, Najib semakin kuat.

Dan inilah sebab Mahathir sangat kecewa. Sekiranya keadaan ini berterusan, Najib mungkin masih menjadi Perdana Menteri apabila mereka memberikan Mahathir ‘penghormatan terakhir’ ke Makam Pahlawan di Masjid Negara. Najib mempunyai banyak masa di pihaknya, sesuatu yang Mahathir tidak ada sekarang ini.

Najib bukanlah disingkirkan seperti yang difikirkan oleh Mahathir

Mahathir terlalu meremehkan Najib – atau mungkin Mahathir terlebih yakin kehebatannya sendiri. Mahathir yang melantik Pak Lah sebagai penggantinya. Maka apabila dia mahu Pak Lah disingkirkan maka hanya ada sedikit pilihan dalam perkara ini – walaupun Pak Lah bertahan pada mulanya sehingga serangan menjadi terlalu parah maka Paklah akhirnya terpaksa mengaku kalah dan meletakkan jawatan.

Tetapi bukan Mahathir yang melantik Najib sebagai pengganti Pak Lah. Pak Lah yang melakukannya. Maka Najib tidak berhutang kepada Mahathir apa-apa dan tidak perlu berhenti kerana Mahathir mahu dia disingkirkan. Dan inilah yang Mahathir terlupa. Beliau menjadikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Jadi dia boleh ‘melucutkan’ dia. Tetapi Mahathir tidak menjadikan Najib Perdana Menteri. Jadi dia tidak boleh ‘menyingkirkan’ Najib.

Apabila serangan pertama bermula, Mahathir sentiasa menghina Najib dengan memanggilnya pengecut, tidak ada telur, dan sebagainya. Tetapi Najib diam tenang dan ini membuatkan Mahathir merasa Najib bukan seorang pejuang dan tidak akan berani melawan. Tetapi diam Najib adalah apa yang orang Melayu sebut ‘diam-diam ubi berisi’. Terdapat “bisa” dalam kesunyian Najib dan tidak lama lagi Mahathir akan merasakan kuasa ini sepenuhnya.

Mahathir begitu bangga dengan Dasar Pandang ke timurnya, yang dilancarkan tidak lama selepas beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981. Mahathir mahu Malaysia belajar dari kejayaan Jepun dan mencontohi kejayaan ini. Mahathir juga harus belajar dari kesilapan Jepun. Dan kesilapan yang dibuat oleh Jepun adalah ia membangunkan harimau dari tidur, Amerika Syarikat, dengan menyerang Pearl Harbor.

Hari Jepun menyerang Pearl Harbor adalah hari nasib Perang Dunia II berubah. Kemasukan Amerika ke dalam perang tidak hanya menjejaskan Pasifik tetapi perang di Eropah juga. Apabila Jepun menyerang Pearl Harbor, ia mencetuskan kemusnahan bagi Hitler dan Nazi Jerman.

Mahathir sepatutnya membiarkan harimau yang tidur terus tidur. Tetapi Mahathir sangat teruk dan mencungkil Najib dengan tongkat. Dan kini Najib telah merampas kayu itu dan telah mengalahkan Mahathir. Dan Mahathir ” goes crying back to mama”.

Dengan begitu banyak skandal dipilih, Najib memilih skandal forex Bank Negara untuk menyerang Mahathir dan ini dilakukan dengan alasan kukuh

Najib mempunyai banyak pilihan untuk menyerang Mahathir. Najib boleh memilih salah satu daripada puluhan skandal yang ditinggalkan oleh Mahathir. Tetapi Najib memilih skandal forex Bank Negara untuk menyerang Mahathir. Dan ini dilakukan dengan alasan kukuh.

Selama 20 tahun, Lim Kit Siang menuntut RCI ke atas skandal forex Bank Negara. Ini adalah kehendak Kit Siang. Jadi Najib telah menunaikan keinginan Kit Siang. Tetapi sekarang Mahathir mengadu mengenai RCI dan menyerang Najib. Tetapi Kit Siang dan bukan Najib yang telah menuntut RCI selama 20 tahun yang lalu. Jadi kenapa menyerang Najib bukannya Kit Siang?

Najib membunuh dua burung dengan satu batu. RCI ini mengenai skandal forex Bank Negara mencederakan kedua-dua Mahathir dan Kit Siang. Mahathir tidak boleh menyerang Kit Siang kerana menuntut RCI. Dan Kit Siang tidak boleh menyertai Mahathir dalam mengutuk RCI tanpa kelihatan lebih bodoh. Kit Siang tidak mempunyai pilihan selain membiarkan Mahathir kepanasan sendirian.

Selama lebih dari 20 tahun Kit Siang telah menuntut RCI ke atas skandal forex Bank Negara dan sekarang hasratnya dipenuhi

Mahathir kini menyedari bahawa beliau telah dikalahkan oleh Najib. Sebenarnya, Najib mengalahkan kedua-dua Mahathir dan Kit Siang pada masa yang sama. Mahathir menyia-nyiakan RM1 bilion untuk menyuap Kit Siang supaya Mukhriz mempunyai peluang untuk menjadi Perdana Menteri. Tetapi sekarang agenda Mahathir untuk menjadikan Mukhriz Perdana Menteri gagal.

Mahathir cuba untuk memutarbelitkan perkara ini dengan mengatakan bahawa Abdul Murad Khalid harus bertanggungjawab terhadap bencana forex Bank Negara. Mahathir sangat sakit hati apabila Murad memberi keterangan dan mendedahkan bahawa kerugian Bank Negara bukan berjumlah RM5.7 bilion seperti yang diumumkan tetapi RM31.5 bilion. Selama ini rakyat Malaysia dimomokkan untuk mempercayai bahawa kerugian itu hanya RM5.7 bilion. Sekarang kebenaran telah didedahkan dan RM31.5 bilion dan bukan RM5.7 bilion kerugian Forex Bank Negara.

Mahathir melihat semua perkara dari kedudukannya sendiri sahaja. Apabila anda menyerang seseorang, anda tidak hanya melihat kekuatan dan kelemahan anda sendiri tetapi juga musuh anda. Perkara tidak pernah berlaku secara berasingan tetapi berhubung dengan orang lain. Dan inilah kesilapan yang dibuat oleh Mahathir. Mahathir gagal melihat bahawa walaupun beliau mungkin mempunyai langkahnya, Najib juga mempunyai langkahnya sendiri. Dan gerakan Najib berjaya melondehkan Mahathir.

Malaysia Today

PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Malaysia Today dengan tajuk asal Why Najib Chose The Forex Scandal To Whack Mahathir. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak pru14.tv mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak pru14.tv berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*