Kayu Belum Patah, Fattah Amin Kena Kecam

Share This:

Biasalah mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia? Dah sampai ‘masa’ baru boleh terdiam. Biarpun sudah sekian lama cuba memperbaiki mutu lakonannya dan menerima pelbagai genre drama, istilah ‘kayu’ masih tidak dapat dilenyapkan daripada insan bernama Fattah Amin.
Pada awal kemunculannya setelah Hero Remaja, Fattah Amin telah melakukan pelbagai jenis watak lakonan namun masih belum dapat memenuhi citarasa dan memuaskan hati penonton.

Fattah Amin di awal kemunculan, lakonannya mendapat kritikan hebat.

Baru-baru ini terdapat peminat yang mendakwa lakonan Fattah masih kayu di dalam drama terbitan Astro, My Coffee Prince. Tuduhan kayu kepada Fattah Amin itu bagaimanapun telah disangkal oleh pengarah tersohor, Erma Fatima. 


Erma mengakui ‘enjoy’ dengan lakonan Fattah Amin dan Janna Nick dalam drama rantaian adaptasi drama Korea, Coffee Prince tersebut. 


Dia memuat naik ‘screenshot’ sedang menonton drama tersebut di laman sosial Instagram dengan kapsyen ringkas berbunyi;

“Aku layan cerita ni…comel Janna dan Fattah ni..”



Bagaimanapun pengikut Instagram Erma tidak dapat menerima kenyataan bahawa lakonan Fattah diterima baik Erma dan mendakwa Fattah masih kayu. 

Tidak mahu Fattah terus-terusan dihentam, Erma membalas komen pengikutnya itu dengan kenyataan;

“Mana ada kayu. Oklah tu. Nak macam mana lagi? Dah Karakter mudah sebegitu. Bukan saya nak membela, tapi ia kenyataan. Dia boleh berlakon. Mungkin belum mendapat watak yang lebih mencabar.”


Namun peminat tersebut masih belum berpuas hati dan terus menghentam lakonan Fattah Amin. 

Namun, Erma tidak membalas komen tersebut sehingga kini.

Nampaknya Fattah Amin dan ‘kayu’ memang tidak dapat dipisahkan. Biarpun telah mendapat penjelasan daripada pengarah terkenal dan berbakat, masih tidak dapat mengubah persepsi mereka. 


Semoga Fattah Amin dapat menerima kritikan ini dengan hati terbuka dan terus mengasah bakatnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*