Justin Bieber Punca Selena Gomez Jadi Anak Derhaka

Share This:

Hubungan Selena Gomez dan Justin Bieber kebelakangan ini jelas sekali menampakkan titik perdamaian antara mereka.

Namun sayangnya, terdapat halangan yang perlu ditempuhi oleh mereka untuk meneruskan hubungan ini.

Mandy Teefey, ibu Selena naik darah dengan sikap anaknya sehingga dia dimasukkan ke sebuah hospital di Los Angeles.

Ternyata ibunya tidak merestui hubungan baik mereka sehingga tercetus ‘perang besar’ ketika mereka berbual tentang Bieber.


Menurut sumber, Selena telah berterus terang dengan ibunya yang mereka sudah menghabiskan masa berduaan dan ini menyebabkan mereka anak-beranak ini bertengkar.

Foto: IG Selena Gomez

Doktor datang membuat pemeriksaan terhadap ibunya di sebuah hotel yang bertempat di Los Angeles setelah dihubungi oleh ahli keluarga Selena.


Kisah penyanyi lagu Fetish dan Bieber ini kembali hangat sebaik sahaja Selena berpisah dengan penyanyi The Weeknd. Dia juga menafikan hubungan yang retak ini bukanlah disebabkan Bieber.

Foto: IG Justin Bieber



Peluang baik ini tidak disia-siakan Bieber untuk kembali menawan hati Selena tambahan pula pada September lalu Selena telah menjalani pembedahan buah pinggang dan itu menjadikan Bieber lebih menghargai hubungannya dengan Selena.


Netizen pula di laman Twitter berpendapat Bieber sepatutnya menjauhkan diri dengan Selena kerana keluarganya tidak menyukai mereka bersama.

Foto: Twitter I Saw Him



Bieber seakan telah berjaya mencuri hati Selena walaupun mengetahui tentangan keluarga tetapi sehingga kini belum ada perkongsian lagi tentang status kedua-duanya.


Mesti teruk Selena bergaduh dengan ibunya hingga masuk hospital. Sanggupkah Selena melupakan Bieber demi ibunya? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*