Dulu Mereka Pijak, Sekarang Mereka Junjung Demi Kuasa

Share This:

Orang ramai tidak boleh lupa bahawa semua pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) semuanya adalah muka yang sama hendak jatuhkan Pengerusi PH, Mahathir Mohamad satu masa dulu ketika jadi Perdana Menteri dan dituduh sebagai diktator memerintah secara kuku besi.

Sekarang ini, orang yang sama mahu angkat pula orang yang sama hendak digulingkan dari jawatan itu dulu, untuk dilantik dan diangkat semula menjadi Perdana Menteri andaikata pembangkang menang pada PRU14 nanti.

Mahathir mahu diangkat semula jadi Perdana Menteri hanya kerana sentimen sama kononnya masih wujud pada masa sekarang iaitu orang masih mahu Mahathir jadi Perdana Menteri. Sentimen sama ketika pembangkang mahu jatuhkan Mahathir kerana beliau sudah pecat Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dulu.

Ketika letak jawatan, Mahathir sendiri sudah mengaku dirinya sudah tua dan tidak mahu jadi Perdana Menteri kerana sudah 22 tahun memikul jawatan itu dari tahun 1981 sampai 2003. Sudah pasti ada sesuatu yang amat penting dan berkepentingan kepada pembangkang kerana mahu Mahathir jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Dulu, pembangkang mahu letak Anwar jadi Perdana Menteri kerana kononnya kempen reformasi beliau berjaya raih sokongan hendak jatuhkan Mahathir, selepas Mahathir letak jawatan, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak Anwar masih gagal.

Anwar buat pula cerita bohong 16 September 2008 dengan menyatakan bahawa beliau sudah ada Ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan melebihi dari Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen. Kesudahannya, gagal juga pembangkang bentuk kerajaan.

Oleh sebab itu, kini Mahathir tampak seperti memperolehi sokongan kerana menentang Najib sampai keluar dari UMNO dan kini membentuk parti baru iaitu PPBM. Mahathir juga sanggup bekerjasama dengan DAP dan Anwar musuh yang menggelarkan Mahathir macam-macam ketika membencinya.

Pemilihan ini memang tidak betul dan tidak menjanjikan apa-apa untuk rakyat dan negara untuk masa depan.

Mahathir dipilih untuk jadi Perdana Menteri hanya untuk menyelesaikan dendam politik dan memenuhi agenda politik sesetengah pihak dalam PH.

Kalau bukan Mahathir, orang lain yang akan dipilih menjadi Perdana Menteri pun sudah tua dan mempunyai agenda tertentu dalam politik tertentu dan bukannya mahu menjadi Perdana Menteri kerana berbakti untuk rakyat demi masa depan.

Mereka hanya meletakkan masa depan kepada orang tua dan berfikiran lama untuk membawa Malaysia ke depan pada zaman kemodenan yang tidak pernah wujud langsung ketika zaman mereka pada masa dulu. Mereka masih lagi mementingkan dendam lama dan bukannya mahu merancang untuk masa depan negara.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*