Bukti Salahlaku Rasuah Dan Kemewahan Melampau Ada, Apa Tindakan SPRM ?

Share This:

RAKYAT Selangor tertanya-tanya apakah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selanjutnya selepas Azwan Ali hadir ke ibu pejabat mereka di Putrajaya semalam bagi menyerahkan dokumen yang didakwa membuktikan amalan rasuah dan kemewahan melampau abangnya Menteri Besar Selangor Azmin Ali.

“Saya hadir (ke SPRM) untuk kes salah laku rasuah dan kemewahan melampau. Siapa (pemimpin itu)? Tiada komen,” menurut kenyataan Azwan Ali yang dikatakan menyerahkan pada SPRM untuk siasatan selanjutnya.

Susulan penahanan anak saudara Azmin Ali bersama sejumlah wang lebih RM4 juta, menyebabkan Azwan Ali meluahkan perasaan kesalnya terhadap kes rasuah anak buahnya itu. Tindakan beliau semalam berkemungkinan besar didorong oleh perkara tersebut.

Menurut sumber, anak buahnya yang juga seorang penganggur telah hidup mewah termasuk memiliki kediaman dan pelbagai kenderaan yang mewah dipercayai kerana menggunakan kedudukannya sebagai anak saudara Azmin Ali untuk mendapatkan komisen, hadiah dan sebagainya melalui projek-projek yang diluluskan.

Baru-baru ini juga, skandal tanah di Kampung Sungai Yu, Permatang di Tanjung Karang telah didedahkan kepada rakyat. Malah SPRM me­ngesahkan pihaknya akan membuka semula kertas siasatan skandal tersebut yang menyaksikan pelbagai episod kronisme, salah guna kuasa dan juga penyelewengan kronik.

SPRM juga telah memperoleh buk­ti-bukti baharu dan Pengerusi Selcat, Hannah Yeoh juga turut mengakui wujudnya pelanggaran syarat dalam proses pemberian tanah di Kampung Sungai Yu setelah pihaknya meneliti secara terperinci segala maklumat yang diperoleh dari Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) serta PTG negeri yang melibatkan tanah seluas 14.4 hektar.

Namun Menteri Besar Selangor itu menafikan wujudnya salahlaku dan penyelewengan yang serius berkaitan dengan pemberian tanah di Sg Yu tersebut sedangkan perkara tersebut telah diakui oleh selcat yang menjadi kebanggaan Pakatan.

Selain itu, Azmin juga dikatakan enggan mendedahkan indvidu misteri di sebalik nama penderma Rm9.8 juta mengenai skandal Pintu Gerbang Selangor yang berlaku pada tahun lepas.

Tidak dipastikan sejauh mana manafaat projek yang membazirkan jutaan ringgit wang rakyat Selangor semata mata untuk Pintu Gerbang.Banyak skandal masih belum dijawab oleh Azmin dan semua pihak sudah terlalu lama menunggu penjelasan diberikan oleh belia.

Begitu juga rumah urut yang tumbuh bagaikan cendawan dan ia sangat membimbangkan apabila turut menyediakan aktiviti tidak bermoral untuk menarik orang ramai.Pengerusi gabungan, Datuk Seri Jamal Yunos pada awal tahun ini juga mendakwa, terdapat lebih 4,000 rumah urut haram dan lokasi paling banyak adalah di Ampang, Petaling Jaya dan Gombak hasil tinjauan lebih 200 ahli persatuan.Semua rumah urut ini perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi mereka..

Persoalannya siapakah yang meluluskan permohonan mereka itu?Rumah urut banyak dibina, tetapi rumah mampu milik untuk rakyat Selangor tidak pula menjadi keutamaan bagi kerajaan Azmin Ali. Pada 2 November 2017, Menteri Perumahan Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendedahkan kira-kira 40,000 pembinaan rumah mampu milik di Selangor sudah menjadi projek terbantut.

Adakah dakwaan Azwan Ali itu ada kaitan dengan bukti-bukti di atas? Adakah penangkapan anak saudara Azmin oleh SPRM, mungkin ada kaitan dengan projek projek yang dilakukan ? Apakah tindakan SPRM ? Perkara-perkara tersebut juga perlu disiasat. Adakah Rakyat Selangor masih lagi boleh terima cara begini? Anak saudara dia duit penuh berguni, rakyat hendak rumah tidak dapat dapat lagi sampai ke hari ini.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*