Berpeluk Sakan Dengan Aiman Hakim, Suami Sharifah Sakinah Okay Je

Share This:

Nama pun pelakon, pastinya semua adegan pastilah menurut apa yang yang diarahkan oleh pengarah kan?

Macam gandingan terbaru antara Sharifah Sakinah dan Aiman redza Hakim dalam sebuah drama yang bakal ditayangkan tak lama lagi, memang nampak begitu serasi.

Kenapa tidak? Tengok sahaja gambar dan video yang dimuat naik di Instagram masing-masing.


Foto: IG Aiman Hakim, Sharifah Sakinah

Berpeluk sakan, memang mesra! Disebabkan itulah pasangan ini mula menimbulkan kontroversi dan menjadi bualan para peminat.

Katanya, Sakinah tidak menjaga adab sebagai seorang Islam dan seorang isteri. Haram berpelukan dengan lelaki lain.

Foto: IG Aiman Hakim, Sharifah Sakinah

Namun aktor kacak ini ada memuat naik video, mengatakan dia sudah mendapat keizinan dari suami Sakinah iaitu Aliff Adha.

Siap Aliff ada komen lagi dengan menulis, “Chemistry ke chemical ni?” Memang sporting habis!

Sharifah Sakinah juga ada memberi penjelasan semua itu dilakukan atas dasar kerja. Semuanya adalah profesional dan langsung tidak melibatkan perasaan cinta.

Untunglah Sakinah dapat suami macam ni ya?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*