Ugutan Saman Guan Eng Makan Diri

Share This:

RAKYAT Malaysia amat maklum bahawa DAP sering mengugut mahu menyaman pihak-pihak tertentu walaupun mereka tahu bahawa mereka berada di pihak yang salah. Tindakan tersebut dilihat bertujuan untuk menakut-nakutkan musuh mereka.

Lama-kelamaan rakyat dapat membaca helah DAP tersebut. Kini mereka tahu bahawa itu adalah gertakan DAP ala gangster cuba menakutkan musuh. Sebagaimana yang kita amat maklum, kerajaan Barisan Nasional sentiasa bertindak berdasarkan fakta.

Timbalan pengarah komunikasi strategik BN (BNSC) Datuk Eric See-To menyaman Lim pada Ogos lalu, sebulan selepas Guan Eng mengancam untuk memfailkan saman malu terhadap beliau dan akhbar New Straits Times (NST).

Guan Eng membuat ancaman itu selepas timbalan pengarah BNSC itu membidas setiausaha agung DAP kerana membayangkan program kebajikan di Pulau Pinang akan terjejas jika beliau disabitkan atas kesalahan rasuah. Komen See-To itu disiarkan dalam laporan NST.

Menurut laporan itu, Lim dipetik sebagai berkata penduduk Pulau Pinang bimbang sabitan kes beliau akan memberi kesan terhadap program kebajikan negeri i-Sejahtera, yang memberikan bantuan tunai RM100 kepada para ibu tunggal, golongan kurang upaya, warga emas dan suri rumah .

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan Lim membuat kenyataan itu di Majlis Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Jawi, Nibong Tebal pada 1 Julai lalu. See-To pula menjelaskan Lim memang membuat kenyataan tersebut tetapi pada tahun 2016.

Eric See-To dan Lim Guan Eng telah menyelesaikan saman malu masing-masing terhadap satu sama lain di antara mereka. See-To berkata kedua-dua mereka bertemu di kamar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dan bersetuju membatalkan saman masing-masing.

“Kami berdua bersetuju untuk menggugurkan saman-saman ini dan saya berpegang kepada kenyataan asal saya bahawa beliau menangguhkan perbicaraan kes rasuahnya walaupun beberapa kali beliau berkata sedia untuk membersihkan namanya di mahkamah.

“Sekarang isu ini telah selesai dan saya berpegang kepada kenyataan asal saya. Maksudnya saya tidak memfitnah Lim, sebagaimana yang beliau dakwa dalam kenyataannya dan mengancam untuk menyaman saya.

“Penyelesaian ini juga bermakna beliau sudah tidak lagi menyaman saya berhubung kenyataan ini, malahan untuk masa akan datang juga,” kata See-To (gambar, bawah).

“Faktanya Lim berkata demikian itu pada kenyataan rasmi bertarikh 1 Julai 2016,” kata See-To.

Lim Guan Eng sedang menghadapi pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada pertanian kepada perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Lim menghadapi tuduhan kedua iaitu menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan bagi dirinya satu lot tanah dan sebuah banglo

  • pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*