Rahman Dahlan Mantap Jawab Dakwaan Daim Tentang Projek ECRL

Share This:

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kena faham tindakan yang dibuat oleh kerajaan kenapa memilih projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) yang distrukturkan sebgai pelaburan domestik dengan pembiyaan asing.

Dakwaan Daim dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dengan berkata kerajaan telah menjelaskan perkara tersebut di Parlimen bahawa ECRL adalah pelaburan domestik yang dibiayai dengan pinjaman dari China dengan kadar yang sangat baik yang lebih rendah daripada kos dana kerajaan.

“Kerajaan belajar dari kesilapan lalu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim berada dalam kerajaan di mana meminjam dari Jepun tetapi akhirnya perlu membayar dua kali ganda apabila nilai Yen lebih tinggi.

“Kerajaan kini melaksanakan pinjaman yang lebih mudah dengan China yang mana mempunyai mekanisme terbina dalam mengurangkan risiko kadar pertukaran.

“Perlu diingatkan sama ada ia sebagai pelaburan asing secara langsung atau pelaburan domestik dengan pinjaman asing, matlamat projek ECRL untuk menjana aktiviti ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan menghubungkan Pantai Timur dan Barat,” jawab Abdul Rahman.

Beliau berkata, kerajaan telah buat keputusan bahawa pemilikan dan operasi milik Kerajaan Malaysia disebabkan oleh keselamatan negara dan dari segi ekonomi yang strategik.

Menurutnya, ECRL dimiliki dan dikendalikan oleh anak syarikat yang mempunyai 100 peratus milik Kementerian Kewangan yang kemudiannya akan membayar balik pinjaman apabila mula beroperasi.

Tambahnya lagi, sekiranya projek ini milik pelabur asing sudah pasti mereka akan memulangkan semula keuntungan ke negara mereka.

“Saya ingin menjelaskan membiayai pelaburan domestik dalam projek infrastruktur tempatan dengan menggunakan pembiayaan asing bukan merupakan konsep baru di negara ini.

“Ya pernah dilaksanakan zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir seperti projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Projek Loji Kuasa Hidroelektrik Kenyir, Stesen Kuasa Port Dickson (Tuanku Jaafar) dan beberapa yang lain dibiayai oleh pinjaman dari Jepun,” katanya.

Bukan sedikit rupanya, projek yang menggunakan kaedah sama iaitu pembiayaan asing pada zaman Mahathir. Daim sanggup membuat tuduhan sebegitu tapi lupa apa yang dilakukan bersama-sama ketika zaman Mahathir berkuasa.

Abdul Rahman menjelaskan, pembinaan jambatan kedua di Pulau Pinang juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu pinjaman mudah dari China.

Katanya lagi, persoalan sekarang adakah bekas pemimpin tersebut mahukan projek ECRL dimiliki oleh pelaburan asing sehingga begitu lantang memperkatakan perkara tersebut.

“Jika benar mereka boleh mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa menyeru agar kerajaan menjual infrastruktur ECRL yang strategik dan meletakkannya sepenuhnya di bawah pemilikan dan kawalan asing.

“Pembina ECRL ini sepatutnya telah dilaksanakan pada zaman Perdana Menteri keempat lagi tetapi beliau lebih berminat membina projek mega lain dari membina rangkaian rel yang akan memberi rakyat pantai timur rangsangan ekonomi.

“Jika kerajaan sekarang menangguhkan projek seperti apa yang dilakukan Tun Mahathir, kosnya akan lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*