Polis Sahkan Penangkapan Dua Suspek Pembunuhan Kejam

Share This:

Perkembangan terkini mengenai kejadian pembunuhan kejam seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, Ahad lalu, pihak polis mengesahkan penangkapan dua suspek termasuk seorang wanita berkenaan.

 

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd berkata, suspek berusia 19 dan 22 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 pagi, hari ini.

 

“Kedua-dua suspek ditahan oleh Team Siasatan Khas PDRM,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

 

Menurut sumber akhbar,dalam kejadian pukul 7.30 Ahad lalu, mangsa, Tan Aik Chai, 44, mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta BMW 520i dinaiki empat lelaki ketika singgah mengisi angin kereta Volkswagen Polo di stesen itu bersama wanita warga asing berkenaan.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini memaklumkan, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*