Polis Dedah Punca Pembunuhan Tragis Seorang Lelaki Di Stesen Minyak Johor

Share This:

 

Selepas melakukan siasatan, polis dedah punca lelaki kena bunuh di johor, berikutan insiden pembunuhan tragis membabitkan seorang lelaki di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru, malam Ahad lalu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap.

 

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, siasatan turut mengesahkan mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah ketua sebuah kumpulan kongsi gelap.

 

“Antara maklumat diterima adalah berkaitan memberi pinjaman wang dan ada kemungkinan perebutan kawasan. Kita mahu membuat kesimpulan awal.

 

“Mungkin kita dapat gambaran lebih jelas dalam sehari dua lagi,” katanya sambil menambah mangsa mempunyai beberapa rekod polis tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

 

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pihak polis sudah mengenalpasti empat suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan sedang menjejaki mereka.

 

“Polis juga sudah bersedia dengan sebarang tindakan balas dendam oleh kedua-dua kumpulan kongsi gelap berkenaan. Kami faham itu budaya (balas dendam) mereka,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya semalam.

 

Dalam kejadian pada malam Ahad lalu, mangsa yang berusia 30 an maut akibat tikaman dan hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian adalah ‘stab wound to the heart’ (luka tikaman ke jantung).

 

Selain ditikam, mangsa turut dilanggar dan digilis dengan sebuah kereta jenis BMW 520i sehingga mati.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*