Pembangkang Rosakkan Masa Depan Artis Tanahair

Share This:

Baru-baru ini, samada disengajakan ataupun tidak, Mahathir mendakwa, dia telah mula menggerakkan Plan C untuk mencapai apa yang dia hajatkan. Adakah Plan C yang dimaksudkan Mahathir ini adalah menggunakan artis sebagai modal untuknya meraih sokongan?

Tindakan itu langsung tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan artis-artis ini hilang mata pencarian kerana mereka tiada sokongan peminat bagi peminat mereka yang menyokong kerajaan.

Mungkin beberapa artis tidak sedar yang mereka akan kehilangan periuk nasi memandangkan mereka hanya dipergunakan pembangkang semata-mata. Sebelum ini sejarah sudah menunjukkan nasib yang menimpa beberapa artis yang dipergunakan pembangkang yang akhirnya terpaksa kembali kepada dunia seni apabila dipinggir setelah pembangkang mencapai matlamat mereka.

Menurut kenyataan dalam Facebook Datuk Rizal Mansor semalam,beliau juga menasihatkan golongan artis agar jangan dipergunakan parti-parti pembangkang untuk meraih undi.

Dalam kenyataan semalam juga, Rizal Mansor turut menyelar pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dan menyifatkan parti itu dalam keadaan terdesak susulan kenyataan pengarah komunikasi PAN Khalid Samad yang berkata kemenangan penyanyi Aishah dalam program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) akan membantu parti itu terutama menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Guna artis sebagai ayam tambatan tidak boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat. Rakyat juga tidak bodoh untuk memberikan undi kepada pembangkang hanya kerana dapat mengheret artis ke pentas ceramah mereka atau kancah politik.

Pengundi kini tidak hanya memandang populariti, tetapi mereka melihat sejauh mana artis berkenaan boleh membawa isu negara ini. Dunia politik akan jadi seperti dunia hiburan di mana artis-artis lebih terkenal kerana kontroversi dan populariti berbanding kualiti mereka.

Ramai artis telah tertipu dengan taktik pembangkang yang cuba menggunakan populariti artis untuk meraih undi. Seperti kita lihat beberapa artis suam-suam kuku seperti Sheila Majid, Fathia Latiff, Adibah Noor dan ramai lagi artis-artis yang dipergunakan pembangkang yang akhirnya tidak mendatangkan hasil pada artis-artis tersebut malah lebih merosakkan masa depan mereka.

Adakah habuan wang ringgit merupakan faktor artis-artis tersebut menyertai parti politik pembangkang dan mereka menjadi ‘buta mata’ berbanding menegakkan agama Islam dan memartabatkan Melayu? Semua ini hanyalah permainan pembangkang untuk mencapai matlamat mereka dan menggunakan artis untuk mempengaruhi rakyat untuk meraih undi pada PRU14 nanti.

Nasihat buat artis-artis ini, jangan sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar tidak dapat.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*