Pakatan Harapan Alih Perhatian Elak Disedari Mereka Sudah Tidak Popular

Share This:

Perbuatan pembangkang yang menyelar latihan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat daripada melihat isu populariti mereka yang semakin teruk merosot.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan demokrasi, dan menjadi amalan untuk menjalankan latihan sebelum pilihan raya.

“Malaysia seperti demokrasi yang lain secara rutin menjalankan latihan semula sebelum pilihan raya untuk menggambarkan pertumbuhan penduduk.

“Ini merupakan prosesnya normal, bebas daripada campur tangan politik dan dikendalikan oleh SPR yang bebas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tengku Sariffuddin berkata, tindakan pembangkang mempolitikkan mengenai proses dan eksploitasi sistem undang-undang untuk menghentikannya adalah percubaan untuk mengalih perhatian daripada populariti mereka yang semakin jatuh.

Tambah beliau lagi, pembangkang akan membuat pelbagai dakwaan terhadap sistem kehakiman negara ini sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka malah turut membawa ke peringkat antarabangsa.

“Tujuan untuk berbuat sedemikan adalah untuk kepentingan dan keuntungan politik mereka sendiri dan ia dapat dilihat dalam beberapa siri sebelum ini,” katanya.

Tengku Sariffuddin berkata, badan kehakiman negara ini adalah bebas dan adil malah tidak pernah dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Pembangkang pada masa ini akan menggunakan apa sahaja perkara dan isu untuk mengalihkan tumpuan rakyat yang sudah tahu mereka sudah semakin ditolak oleh pengundi dan hanya menunggu masa sahaja pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 untuk dilenyapkan semuanya dari dalam Dewan Rakyat.

Jika nama-nama besar dalam pembangkang yang selalu membangkitkan masalah tewas pada PRU14 nanti, pembangkang akan hilang hak untuk bersuara atas kapasiti wakil rakyat dan BN akan mempunyai kuasa dengan ruang yang luas untuk merangka pembangunn untuk rakyat.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*