Najib Adalah Perdana Menteri Yang Berfikiran Terbuka Dan Berani

Share This:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan satu – satunya pemimpin yang paling berfikiran terbuka serta berani mengambil risiko meskipun tindakannya akan mendapat kritikan demi mendengar keluhan serta kehendak rakyat, tegas Ahli Majli Tertinggi (MT) UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Jelas beliau, ia dapat dibuktikan dalam isu berkaitan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) sebagai pemantau lesen khas umrah yang diumumkan pembatalannya sehari selepas pengumuman apabila Najib mendengar kehendak rakyat.

“Beliau (Najib) seorang pemimpin yang berfikiran terbuka, sanggup mendengar serta berani mengambil tindakan demi kehendak rakyat.

“Itu nilai yang patut kita hargai dalam diri seorang pemimpin, jangan kita mengharapkan pemerintahan yang sempurna tanpa salah, tetapi bagaimana pemimpin itu menyelesaikan sesuatu perkara.

“Kalau diikutkan, beliau tidak perlu untuk ambil kisah berkenaan perkara ini (IMAMS) kerana tiada seorang dari pihak pembangkang yang mempertikaikan, hanya dari kalangan ahli UMNO sahaja,” jelasnya dalam Diskusi bicara santai ‘Anda Tanya Kita Jawab’ anjuan UMNO Online bertajuk ‘Pasca PAU 2017: UMNO Parti Untuk Masa Depan’ pada hari ini.

Program tersebut turut menampilkan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan juga Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Mohamad Rafii serta sebagai panelis jemputan adalah Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Isham Jalil.

Sifat terbuka Najib turut diakui Isham dalam isu membabitkan IMAMS, kerana menurut beliau, kredibiliti seseorang individu, atau sesebuah organisasi akan tercalar apabila keputusan untuk membatalkan sesuatu inisiatif dibuat.

“Beliau (Najib) memang pemimpin yang bersifat terbuka. Kerana, dalam kerajaan, parti atau apa sahaja organisasi, untuk kita batalkan seseuatu keputusan atau menarik balik sesuatu inisiatif bukanlah suatu perkara yang mudah.

“Kerana, jika kita membuat pengumuman nuntuk membatalkan, kita akan hilang kredibiliti. Memang benar beliau (Najib) tidak ambil ringan perkara ini, beliau sangat mengambil berat, tetapi beliau terus melakukan tindakan (membatalkan IMAMS) kerana beliau mendengar keluhan rakyat, walalupun selepas itu beliau menerima kecaman yang lebih hebat,” katanya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*