Muka Hitam Legam, Wanita Ini Dituduh ‘Membela’

Share This:

Menjadi kebiasaan bagi kita apabila menyambut majlis hari jadi sahabat baik dan dimeriahkan lagi bersama rakan-rakan lain. Bergaya dan mengambil gambar bergelak ketawa bersama mereka setelah sekian lama tak berjumpa. 


Di Twitter, seorang gadis memuat naik foto bersama rakan-rakannya dan secara tidak langsungmenarik perhatian netizen apabila salah seorang rakannya bertukar menjadi hitam dan gelap. 

Rata-rata mengatakan punca dari ‘lighting’ kerana suasana di sana gelap dan hampir kesemua mereka ‘red eyes’. Seperti biasa ada juga yang berkata mungkin ada yang ‘menumpang’ bergambar.


Siap kena tuduh wanita tersebut bela saka! 

Di dalam group ‘WhatsApp’, mereka sendiri tertanya-tanya kenapa salah seorang rakan mereka menjadi gelap sedangkan warna tangannya tidak berubah.



Tidak dapat dipastikan apa puncanya. Mungkinkah ada unsur mistik yang berlaku? 

Update terkini menyatakan, empunya badan sudah memberi penjelasan, ini status terbarunya.

Rakan yang menyebarkan gambar tersebut sebelum ini juga telah memohon maaf.
Kasihan, Tak semena-mena wanita ini kena fitnah. Bertabahlah ya! Pengajarannya lain kali jangan cepat percaya dengan apa yang dilihat dalam gambar tanpa mengetahui punca yang sebenar ya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*