Mahathir Mungkin Ditolak Jadi Calon Perdana Menteri Pakatan

Share This:

Nampaknya menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) masih belum merupakan tiket untuk Mahathir Mohamad boleh mendabik dada dan menerima sokongan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika pakatan itu menang PRU14 nanti.

Ada desas desus ketika ini bahawa cadangan sebelum ini untuk Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri sementara bakal ditolak apabila Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikatakan enggan mengulas cadangan itu kepada media.

“Saya akan ulas kemudian kerana saya bersemangat melihat perbincangan berterusan itu,” katanya kepada pemberita di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur hari ini.

Pakatan beberapa hari lepas melalui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa nama calon Perdana Menteri sementara akan diumumkan pada bulan depan. Perdana Menteri itu bakal dilantik sementara menunggu Anwar dibebaskan dan boleh kembali aktif dalam politik.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pendirian bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah ketua umum HARAPAN mengenai perkara berkenaan, Nurul Izzah berkata, sebagai pengamal demokrasi, beliau sangat bangga dengan hakikat ketua umum HARAPAN menyedari hakikat tersebut.

“Seperti saya katakan sebelum ini, saya akan ulas kemudian kerana perbincangan kami sedang rancak dan positif,” katanya.

Mengenai sama ada Anwar menyedari cadangan itu, Nurul Izzah berkata, pemimpin PKR itu kini berada di hospital.

“Terdapat had untuk lawatan. Semua perbualan kami dipantau.

“Beliau bukan orang bebas yang mampu berinteraksi dengan kami, beliau ada menyediakan prinsip dan barometer utama untuk agenda pembaharuan, memastikan bahawa itu adalah paling utama tetapi selain itu beliau sebenarnya adalah seorang tahanan politik,” katanya.

Nurul Izzah seterusnya berkata cadangan itu walau bagaimanapun belum disahkan.

“Sebab itu saya enggan ulas sekarang kerana saya suka mengadakan perbincangan dan rundingan di belakang tabir. Saya fikir kita telah cukup mendapat publisiti buruk, terima kasih kepada media BN.

“Saya fikir keseluruhan perhimpunan agung Umno adalah analisis terperinci mengenai kepimpinan Mahathir sebagai perdana menteri sebelum ini.

“Saya fikir kita hanya akan tumpu agenda reformasi dan ikrar kita berdasarkan apa yang telah diluluskan dan akan dikeluarkan oleh sekretariat HARAPAN, jadi tunggu 7 Januari di mana kita akan mengadakan konvensyen,” katanya.

Susulan pemukiman sebelum pilihan raya HARAPAN pada awal bulan ini, timbul laporan kononnya keputusan dibuat untuk melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri sementara dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya jika mereka memenangi pilihan raya.

Bagaimanapun, DAP menegaskan bahawa Anwar adalah pilihan perdana menteri.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*