Isteri Dilabel Pemalas, Tetapi Suami Tidak Tahu Yang Isterinya…

Share This:

 

Berkahwin adalah salah satu lagi perkara yang melengkapkan hidup seseorang, tidak kira samada lelaki atau perempuan. Secara generalnya, perkahwinan membawa kegembiraan kepada semua yang terlibat terutamanya mereka yang selamat diijab kabul. Namun, selepas beberapa tahun perkahwinan, kebahagiaan itu mula berubah. Luahan seorang isteri di sebuah laman sosial ini mungkin menjadi satu dilema bagi wanita yang mungkin seorang suami tidak tahu isi hati mereka.

 

Janganlah kamu pernah mencampuri urusan anak-anak kamu yang sudah berkahwin dengan cuba membandingkan bahawa anak kamu lebih baik dan menantu pula sebaliknya. Cuba jangan beza2 anak sendiri dengan menantu sendiri. Kamu mungkin sudah dengar luahan dari anak sendiri, tp tidak pula dengar dari pihak menantu? Adilkah kalau menantu yang dipersalahkan sedangkan kesalahan anak sendiri tidak dinilai? Apa kamu anggap menantu kamu tidak punyai perasaan? Mereka bukan patung. Mereka juga ada perasaan macam anak kamu, pandai sakit hati, pandai menangis, pandai terasa, tidak kiralah mereka tu perempuan atau lelaki.

 

“Sabarlah, apa bulih buat kalau perangai dia sudah mcm tu?”

 

“Ko sabarlah, mmg begitulah dia dari kecil.”

 

“Mmg begitulah perangai dia, susah mau ubah, ko ikut saja rentak dia.”

 

“Janganlah ko melawan cakap dia, ko ikut saja apa dia cakap.”

 

Antara ayat2 yang disampaikan kepada menantu, dan dalam masa yang sama juga menyebelahi anak sendiri. Kalau tau perangai anak macam tu, kenapa dimanjakan dari kecil? Kenapa tidak ditegur dari kecil? Mana pangkatmu sebagai ibu bapa yang sepatutnya menegur anak biarpun anak kamu sudah besar?

 

Bukan itu saja, janganlah pernah mengganggap menantumu sebagai orang gaji dengan mengarah2 kan isteri buat kerja rumah dari A sampai Z sedangkan ianya boleh dibantu oleh seisi keluarga. Sekali lagi, menantu bukan orang gaji. Kenapa tidak suruh anak sendiri bantu menantu buat kerja?

 

Kepada ipar/adik beradik,

 

Janganlah jadi batu api. Sedar dulu diri tu macam mana, jangan sekali nampak silap terus jadi batu api kepada ibu bapa dan seterusnya kepada jiran. Ipar sendiri kamu burukkan, tapi sebaliknya menangkan adik beradik sendiri. Kenapa begitu? Sebab adik beradik darah daging sendiri? Dan ipar tu cuma pendatang? Jangan juga anggap iparmu seperti orang gaji dalam rumah. Bila ipar sudah mula memasak setiap hari, kamu pula cuma tau makan. Bila ipar tidak masak, di sana pula cakap ipar pemalas, dan seterusnya hebohkan kepada dunia yang ipar kamu PEMALAS.

 

Kepada suami,

 

Isteri kamu bukan hamba, atau orang gaji, atau amah, atau seumpamanya. Kalau isteri boleh bawa duit ke dalam keluarga, kenapa suami tidak boleh menolong dalam rumah? Isteri juga punya perasaan. Isteri masak, kamu makan. Jangan piring sebiji pun malas mau cuci. Kalau pertama dan kesepuluh kali si isteri buat mungkin masi boleh diam, tapi kalau sudah ditegur masi ulang benda yang sama, tidakkah isteri pandai mengamuk? Suami tidak suka isteri tidak pandai masak, tapi ketahuilah bahawa isteri juga tidak suka suami pemalas, biarpun tidak tau cuci piring.

 

Bila keadaan rumah bersepah, tapi tidak pula kamu tolong bersihkan, biarpun suami lah punca keadaan rumah bersepah. Bila orang lain nampak keadaan rumah, si isteri pula yang disalahkan dan kemudian dilabelkan PEMALAS. Kenapa begitu?

 

Janganlah kamu cuba mengungkit kesalahan lama, bukan saja kesalahan tapi jangan juga mengungkit duit yang pernah kamu belanjakan. Ya iya, duit kahwin kamu yang keluarkan, si isteri cuma apa? Cuma keluar dua tiga ribu, tapi kenapa kamu ungkitkan? Bukankah itu tanggungjawab lelaki? Sehinggakan labelkan isteri tidak tahu menolong apa2. Tapi apa yang isteri buat di rumah? Pakaian, makanan? Siapa yang sediakan? Bersyukurkan sekiranya isteri juga keluarkan bahagiannya dari segi wang ringgit untuk bantu keluarga.

 

Bukan itu saja, “Kalau ko tidak datang merayu dulu kita tidaklah jadi kahwin”. Hebat sungguh caci si suami kan? Si isteri bukanlah merayu, tapi sebenarnya menjatuhkan egonya dengan memilih untuk memperbaiki hubungan kamu. Beruntunglah si suami sekiranya si isteri tidak pula membalas bahawa dia masi terima kamu walaupun kamu tidak banyak duit, walaupun kamu penagih dadah, walaupun kamu si perokok tegar, walaupun kamu kaki judi, walaupun kamu pernah curang, walaupun kamu tidak sempurna. Kamu tidak pernah memikirkannya, wahai suami?

 

Kenapa suami memaki isteri? Kenapa memukul isteri? Isteri tu apa? Dan bila isteri bersuara kamu katakan pula bahawa si isteri melawan? Jiran2 dan keluarga lain juga tidak ketinggalan cakap isteri kuat melawan. Ketahuilah bahawa isterimu bukan patung yang tidak punyai akal, tidak punyai perasaan, tapi dia punyai hati yang kuat dan hati yang remuk. Si isteri punyai hati wahai suami. Sekali kamu cakap si isteri pukima, sial, sundal, maka ianya akan melekat dalam hati si isteri sampai bila2. Biar kamu nampak dia happy, tapi adakalanya dia menangis keseorangan tanpa siapa2 yang tau. Kamu tau?

 

Ketahuilah bahawa isteri juga tidaklah sempurna. Mereka juga kadang2 ada malasnya. Mereka tidak masak, tidak bangun awal, tidak bersukan, tidak cantik, tidak kurus, tidak pintar, tidak hebat. Tapi sedarlah bahawa kamu sudah kahwini dia. Tegur biarlah berakal, jangan diteriak, jangan dimaki, jangan dipukul. Mereka juga punyai ibu bapa dan keluarga sendiri. Mereka bukan orang pungut.

 

Bagaiamanapun, menjadi seorang isteri , kekuatan mental  itu perlu ada dalam diri bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga.Suami juga perlu mengalas tanggungjawab dan membantu isteri , menghargai pengorbanan mereka dan perlu menerima kekurangan masing-masing.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*