Fesyen Tudung LED Melly Goeslow, ‘Blackout’ Kini Bukan Lagi Masalah

Share This:

Tahun 2017 menyaksikan kemunculan pelbagai  fesyen yang menarik dan tidak kurang juga yang pelik.

Penyanyi popular dari tanah seberang, Melly Goeslow juga tidak terkecuali dalam menggayakan fesyen yang dirasakan seiring dengan peredaran zaman. 

Semenjak berhijab, dia sering kali menerima kritikan mengenai fesyen hijab yang dikenakan olehnya.


Baru-baru ini, sekali lagi fesyennya menjadi bualan hangat netizen apabila dia mengenakan fesyen hijab yang pelik.

Melalui beberapa keping foto yang dimuat naik ke akaun instagram miliknya, @melly_goeslow, dia digambarkan sebagai ‘Ibu kepada alam semesta’ apabila mengenakan busana dan hijab yang bercirikan futuristik dan moden sambil diserikan lagi dengan bantuan lampu LED.

Menariknya, pakaian yang dikenakan oleh Melly menampakkan badannya seolah-olah mengeluarkan cahaya.

Difahamkan Melly mengenakan baju tersebut untuk sebuah acara pertunjukan fesyen di mana dia turut menyanyikan lagu terbarunya yang berjudul ‘Hara’.


Agak-agak ada yang sanggup tak pakai macam ni?

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*