Caprice Pertahan Artis K-Pop Bunuh Diri

Share This:

Baru-baru ini peminat K-pop tanah air digemparkan dengan kematian salah seorang daripada ahli kumpulan SHINee, Kim Jong-Hyun yang dikhabarkan membunuh dirinya sendiri akibat tekanan perasaan dan mental.


Foto: CNN

Namun keadaan menjadi hangat apabila ada sesetengah netizen mempertikaikan mengapa peminat-peminat penyanyi tersebut terlampau sedih dan taksub dengan kematian mendiang,tetapi tidak bersedih dengan nasib rakyat Palestin dan Rohingya.




Tidak ketinggalan juga ada yang mengaitkannya dengan isu akidah.



Foto: IG Caprice

Isu ini mendapat perhatian CapriceSiapa yang tak kenal Caprice? Rapper, usahawan dan public figure yang lantang melontarkan pendapat beliau tentang isu-isu hangat yang terkini.

Foto: Carian Internet

Dan disebabkan itulah dia telah memuat naik sebuah video di Instagram untuk melontarkan pendapatnya tentang perkara ini.

 

Berdasarkan video tersebut, Caprice telah menyelar netizen tidak menghormati dengan kematian seseorang, tidak kiralah agama yang dianutinya.


Menurutnya lagi, tidak salah jika kita bersedih atas kematian seseorang tak kira bangsa dan agama.


Susulan perkara itu, ramai yang bersetuju dan memuji pendapat yang diberikan penyanyi raptersebut.


Kematian bukanlah benda yang boleh dibuat main-main atau dipersendakan. Tidak kiralah agama apa sekali pun kita kenalah hormat, jangan tahu nak kecam sahaja.


Macam mana pula dengan anda? Setuju tak dengan Caprice? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*