Bekas Tentera Jerut Isteri Guna Getah Paip Sebab Cemburu

Share This:

Gara-gara cemburu, lelaki berusia 56 tahun tergamak menjerut leher isteri menggunakan getah paip.

Memetik Harian Metro, kejadian berlaku di kediaman mangsa di Seberang Takir, Kuala Nerus, Ahad lalu.

Menurut laporan, suspek yang juga bekas tentera itu bertindak sedemikian selepas melihat gambar mangsa, 54, dengan lelaki lain. Malah, suspek mengugut akan membakar rumah mereka sekiranya dia nampak mangsa bersama lelaki lain.

Difahamkan, suspek sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah mangsa yang juga merupakan isteri pertama dari tiga isterinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan kejadian dan berkata, suspek bertindak sedemikian kerana cemburu apabila melihat gambar mangsa bersebelahan dengan lelaki lain di sebuah majlis kenduri kahwin.

Susulan itu, sebuah laporan dibuat mangsa di Balai Polis Gong Badak, sebelum suspek ditahan pada jam 4 petang, kelmarin. Suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*