Bapa Dihukum Penjara 115 Tahun, 24 Kali Sebatan Akibat Rogol Anak Kandung

Share This:

 

Padah seorang nelayan dihukum penjara 115 tahun dan 24 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol dan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya antara Oktober 2013 sehingga Oktober lalu.

 

Menurut sumber, lelaki berusia 53 tahun dari Kampung Tebat, Pekan itu menghadapi dua tuduhan melakukan sumbang mahram dan tiga tuduhan merogol anak kandungnya yang kini berusia 20 tahun, dalam dua prosiding berasingan.

 

Di Mahkamah Sesyen 1, Hakim Datuk Unaizah Mohd menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua tuduhan melakukan sumbang mahram dengan merogol anaknya pada 20 Oktober 2013 dan 24 Oktober 2014.

 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah rakit di tepi Sungai Pahang, Kampung Tebat kira-kira jam 8.30 malam manakala pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

 

Ia memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan.

 

Unaizah mengenakan hukuman penjara 20 tahun bagi setiap pertuduhan dan mengarahkannya dijalankan secara berasingan.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hassim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Di Mahkamah Sesyen 4, Hakim Siti Aminah Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 75 tahun dan 30 sebatan selepas tertuduh mengaku bersalah atas tiga tuduhan merogol anak kandung yang sama pada 14 dan 22 September lalu serta 3 Oktober lalu di lokasi sama serta waktu sama.

 

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan 10 sebatan.

 

Siti Aminah menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang diarahkan dijalankan secara berasingan.

 

Bagaimanapun, hukuman sebatan ke atas tertuduh dikurangkan berikutan Seksyen 288 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seseorang pesalah hanya boleh disebat maksimum 24 sebatan.

 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah.

 

Mengikut fakta kes, anak sulung tertuduh melarikan diri daripada kediamannya pada 6 Disember lalu selepas tidak tahan dirogol bapa sendiri sejak empat tahun lalu sebelum membuat laporan polis pada 13 Disember bagi membolehkan siasatan dibuat.

 

Tertuduh didakwa mengugut akan merogol adik mangsa yang lain jika perkara itu diketahui orang lain dan memukul serta menendang mangsa untuk menakutkannya daripada membuat laporan.

 

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*