Atletico ‘Kurang Senang’ Taktik Kotor Barca

Share This:

ATLETICO Madrid kurang senang dengan taktik kotor Barcelona untuk mendapatkan Antoine Griezmann dan sanggup menjual bintang Perancis itu kepada Manchester United.

Pasukan itu telah memfailkan aduan kepada Fifa pada selasa selepas Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu bertemu dengan wakil Griezmann mengenai perpindahan ke Nou Camp.

Malah Fifa turut mengesahkan sudah menerima aduan daripada Atletico berhubung tindakan Barca cuba mendekati Griezmann dengan menggunakan taktik kotor.

Luis Suarez menjadi pemain terbaharu Barca membuat kenyataan secara terbuka mengenai Griezmann minggu ini yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penyokong Atletico.

Griezmann mempunyai klausa pelepasan bernilai 88 juta pound sterling dalam kontraknya tetapi Barca berharap dalam memuktamadkan perpindahan pemain itu dengan bidaan lebih murah.

Namun The Mirror melaporkan, Atletico kecewa dengan Barca dan akan menjual Griezmann kepada United yang turut berminat terhadap pemain itu pada musim panas lalu.

United masih berminat terhadap Griezmann dan akan menggunakan Paul Pogba bagi meyakinkannya untuk berhijrah ke Theatre of Dreams bulan depan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*