10 Lelaki Dipenjara Dua Tahun, Terlibat “Parti Seks Gay”

Share This:

 

Golongan sonsang atau dikenali LGBT semakin membimbangkan di seluruh dunia yang boleh merosakkan budaya dan akhlak maysrakat masa kini.

 

Baru-baru ini, mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun terhadap 10 lelaki yang dipercayai terlibat dalam “parti seks gay” di sebuah sauna di ibu kota republik sekular Indonesia, Jakarta. Seramai 141 orang ditahan dalam serbuan di sebuah bangunan yang menempatkan sauna dan gim pada Mei lalu.

 

Memetik laporan yang disiarkan oleh Daily Mail UK, mereka yang tertuduh didapati bersalah kerana melanggar Undang-Undang Anti-Pornografi 2008.

 

“Kesemua tertuduh telah terbukti bersalah tanpa keraguan kerana berbogel dan pengeksploitasian seksual secara kolektif di depan khayalak ramai.

 

Oleh itu, Mahkamah Jakarta Utara telah memerintah agar tertuduh membayar denda sebanyak satu bllion rupiah (RM 300,000),” menurut dokumen yang dibentangkan. Perlakuan homoseksual dan hubungan sejenis adalah sah di sisi undang-undang di seluruh Indonesia kecuali di wilayah Autonomi Aceh.

 

Namun pihak polis masih boleh mengambil tindakan ke atas perbuatan tersebut kerana homoseksual masih merupakan satu kesalahan jenayah di bawah undang-undang anti-pornografi dan penyalahgunaan dadah.

 

Persoalannya masih ada sesetengah masyarakat di Malaysia yang masih menerima golongan-golongan ini .Mereka tidak sedar kegiatan sonsang ini merosakkan budaya yang akhirnya mengundang masalah sosial dalam kalangan masyarkat dan kegiatan ini seharusnya dibanteras sebelum ianya semakin berleluasa.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*