Zina Halal Di Indonesia?

Share This:

CARA amalan agama Islam di negara Indonesia memang mengerikan kita. Terlalu bamyak perundangan negara tersebut dilihat bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini disebabkan pegangan kerajaan mereka yang liberal.

Mahkamah Perlembagaan Indonesia telah menolak petisyen untuk menjenayahkan hubungan seks luar nikah yang dikemukakan oleh kumpulan konservatif di negara itu.

Perkara yang sama mungkin berlaku di negara kita sekiranya Pakatan Harapan yang memerintah memandangkan mereka diketuai DAP. Dan kita sedia maklum bahawa DAP telah banyak kali melukakan hati orang Islam dengan penghinaan silih berganti mereka terhadap Islam.

Masihkah anda ingat isu murtad, arak, kalimah Allah Bible, suara azan dan lain-lain lagi yang dicetuskan oleh pembangkang yang diketuai DAP? Jangan terkejut jika suatu hari nanti zina pun jadi halal.

Pembangkang telah membuktikannya dalam beberapa siri Perhimpunan Haram Bersih yang memperjuangkan kebebasan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Setakat zina, ianya akan menjadi perkara kecil sahaja bagi mereka.

Zina kini adalah halal di Indonesia apabila lima daripada 9 hakim mengundi untuk menolak petisyen lalu memberi kemenangan buat aktivis hak asasi yang bimbang petisyen tersebut akan mencetuskan kawalan moral dan diskriminasi khususnya terhadap masyarakat homoseksual di Indonesia.

Ketua Hakim Mahkamah, Arief Hidayat berkata undang-undang mengenai perzinaan di Indonesia kini tidak bercanggah dengan perlembagaan, dan ianya bukan kuasa Mahkamah Perlembagaan untuk mencipta dasar baharu.

“Plaintif patut menyerahkan petisyen mereka kepada penggubal undang-undang dan ia patut menjadi input penting dalam semakan semula kanun jenayah yang sedang dilakukan,” katanya.

Permohonan mengharamkan seks luar nikah telah dikemukakan oleh Aliansi Cinta Keluarga (AILA), sebuah organisasi yang terdiri daripada ahli akademik dan aktivis konservatif.

Katanya, mereka mahu takrifan zina ini diguna pakai bukan sahaja kepada pasangan berkahwin tetapi sesiapa sahaja dalam atau luar perkahwinan, supaya menjadikan hubungan seks luar perkahwinan sebagai jenayah.

Dalam aduan mereka, AILA berkata perkara tertentu dalam kanun jenayah negara itu “mengancam daya tahan keluarga dan juga Indonesia”.

Jangan biarkan Islam Liberal ini menular dalam negara kita. Peliharalah negara kita sebaik mungkin.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*