Wanita Ingin Berkahwin Dengan Lampu Chandelier

Share This:

Setiap manusia memiliki cita rasa dan minat berbeza. Namun, apa yang ditunjukkan wanita ini sangat pelik!


Amanda Liberty, 33, mempunyai perasaan seksual terhadap barangan antik dan sering tidur berpelukan dengan ‘kekasihnya’ setiap malam.



 

 



Malah, Amanda merancang untuk berkahwin dengan sebuah lampu candelier berusia 90 tahun yang dibelinya secara online.



Lumiere 



Memetik The Sun, Amanda jatuh cinta pandang pertama dengan Lumiere (lampu berkenaan) ketika melihatnya di laman beli belah dalam talian eBay.

“Saya tahu ia untuk saya dan ianya cinta pandang pertama.

“Lampu itu berasal dari Jerman dan walaupun saya tahu amat sukar untuk membawanya pulang, saya harus mencari jalan untuk menjadikannya milik saya.

“Saya tak boleh berhenti daripada berfikir tentangnya dan betapa cantiknya ia,” katanya.



Cincin tunang mereka



Amanda menghabiskan 400 British Pound (RM2,200) bagi kos penghantarannya ke Eropah pada 2016 dan tidak sabar menanti ketibaan Lumiere di kediamannya selepas menang bidaan dalam talian itu.

“Selepas enam hari menunggu, akhirnya dia tiba ke pangkuan saya.

“Rakan saya menamakannya Lumiere sempena watak kaki lilin dalam filem Beauty and The Beast,” katanya.

Sebelum ini, Amanda mempunyai 24 lagi candelier dan menjalin hubungan terbuka dengan mereka sebelum bertemu Lumiere.


“Tak ada satu pun candelier saya cemburukan antara satu sama lain. Mereka faham saya sayang mereka semua kerana keperibadian mereka yang berbeza.

“Kita tak boleh kawal dengan siapa kita jatuh cinta,” ujarnya. 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*