Trend Liberal, Guna Kata Ganti Nama Tuhan Berjantina Betina

Share This:

 

Semakin gemar golongan liberal ini apabila cuba mempromosikan trend terkini mereka iaitu dengan merujuk kepada Tuhan dengan menggunakan kata ganti nama berjantina betina atau feminin seperti “She”, “Her”, dan “Queen”.

 

Menurut sumber, Zuriani binti Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman yang dahulunya pernah menjadi penulis lagu bagi artis-artis popular tanah air antaranya seperti Siti Nurhaliza dan Ziana Zain, beberapa tahun lepas pernah menulis sebuah lagu yang dinyanyikan sendiri di mana liriknya menggelarkan Allah sebagai “Permaisuri (Queen)”.

 

Penulis lagu yang lantang itu dikatakan memperjuangkan hak supaya amalan seks songsang golongan LGBT diterima oleh umat Islam itu merupakan pengasas dan presiden bagi sebuah organisasi bernama Muslims for Progressive Values (MPV-USA) yang berpusat di Los Angeles, Amerika Syarikat dan juga turut terlibat dalam penubuhan Komuniti Muslim Universal (KMU), sebuah gerakan NGO tempatan yang memperjuangkan hak kesamarataan gender, pengasingan agama dan pentadbiran (prinsip sekular), serta penglibatan LGBTIQ.

 

Pengasas bersama Sisters In Islam (SIS), Amina Wadud yang turut terlibat dalam sebuah pergerakan antarabangsa bernama Musawah juga dikatakan secara terbuka telah merujuk Tuhan dengan kata ganti nama berjantina wanita semasa berang apabila seseorang memberinya peringatan tentang kemurkaan Tuhan terhadap perbuatan homoseksual.

 

Tempelak Amina Wadud, “Stop lying about God I am sure She never spoke to you and NEVER used the word homosexuality So shut the f**k up”

 

Azlan Abdul Razak, peguam merangkap kolumnis di Malay Mail Online juga pernah menggunakan kata ganti nama wanita untuk merujuk kepada Tuhan. Dalam tulisannya yang panjang mengenai persoalan berkenaan penampilannya yang berambut warna ‘blonde’, merujuk kepada Tuhan dengan istilah “Her”. Beliau menulis, “But am I not offending God? Then let me deal with Her without anyone’s interference. If you believe in the omnipotence of God, then you must also accept that She does not need defending. Am I not concerned that people will not take me seriously?”

 

 

 

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*