Simpan Penyata Saraan (EA Form) Selama 7 tahun

Share This:

Seringkali selepas tamatnya tahun kalendar, majikan akan memberikan satu salinan lengkap bagi tahun kelendar dengan menyatakan jumlah pendapatan atau penggajian yang telah diterima individu di dalam penyata saraan atau dinamakan penyata EA.

Selain daripada pendapatan penggajian, penyata saraan daripada penggajian (EA) ini menunjukkan bonus yang diterima atau manfaat berupa barangan daripada majikan seperti kereta, telefon bimbit, pemandu, orang gaji dan lain-lain yang telah disediakan oleh majikan.

Bagi pekerja yang tinggal di kediaman yang disediakan oleh majikan, nilai tempat kediaman yang diberikan juga akan dinyatakan sebagai pendapatan bagi pekerja tersebut.

Manakala caruman yang dibayar oleh pekerja kepada kumpulan wang simpanan atau pencen yang diluluskan dan Perkeso akan direkodkan.

Penyata saraan juga menjumlah keseluruhan potongan cukai bulanan (PCB) yang telah dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta zakat yang telah dibayar melalui potongan zakat secara bulanan.

Oleh yang demikian, individu yang menerima penyata EA ini hendaklah menyimpan salinan ini dan resit-resit berkaitan tuntutan pelepasan cukai selama 7 tahun.

Bagi tujuan penyimpanan rekod dan dokumen, adalah lebih praktikal selain daripada salinan fizikal, salinan dalam format softcopy adalah lebih mudah dan selamat jika berlaku kehilangan resit asal bagi tujuan pengauditan di masa akan datang.

Walaupun PCB yang telah dibayar, jika terdapat tuntutan pelepasan cukai yang ingin dihantar kepada LHDNM, Borang BE perlu dihantar sebelum 30 April bagi mendapat pulangan atau jika terdapat baki cukai yang perlu ditambah.

Sebarang pertanyaan berkenaan cukai boleh dilakukan melalui talian careline di 1800-88-5436 atau melayari http://www.hasil.gov.my.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*