Saharul Ridzwan Terharu Anak Sebut Allah

Share This:

Menimang cahaya mata pertama pasti menjadi pengalaman terindah buat Saharul Ridzwan dan isteri, apalagi bila anak menyebut perkataan pertama. Menerusi Instagram, Saharul berkongsi saat anaknya, Luth Ali menyebut ‘Allah’ sebagai perkataan pertama selepas mendengar azan.

“Tadi baru jer azan Asar, tiba-tiba Ali diam je dengar azan. Wife saya saja record, saya rasa Ali cakap ‘ALLAH’. Saya pernah doa waktu wife saya pregnant, mintak-mintak perkataan pertama yang sebut adalah ALLAH. Alhamdulillah. #6bulandah”,” tulisnya di laman Instagram.

Sejuk hati mendengar pengalaman Saharul dan nampaknya doa beliau mengharapkan anaknya menyebut perkataan ‘Allah’ sebagai perkataan pertama, termakbul. Rata-rata peminat juga terkejut dan merasakan anak Saharul antara yang bertuah menyebut nama yang begitu istimewa.

Sehingga kini, Ali sudah berumur enam bulan dan macam-macam telatah comel dilihat dikongsi di laman sosial Saharul dan isteri. Memang bertuah Saharul melalui pengalaman yang cukup bermakna bergelar bapa. Semoga Ali membesar dan menjadi anak yang soleh.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*