Pemimpin Parti Pembangkang Boleh Hadir Pada Perhimpunan Jumaat Ini

Share This:

Perhimpunan demi Islam dan Baitulmuqaddis Jumaat ini diadakan bukah dikhususkan untuk pihak tertentu tapi ia terbuka dan semua pemimpin politik dari parti pembangkang untuk hadir.

Himpunan itu dikenali dengan nama Perhimpunan Ummah Solidariti Memperjuangkan Nasib Rakyat Baitulmaqdis di Palestin akan diadakan di Masjid Putra Putrajaya pada Jumaat ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur perhimpunan itu, mengesahkan setakat ini, kira-kira 10,000 orang mewakili NGO, pelbagai lapisan masyarakat, organisasi dan pemimpin parti politik akan menyertainya.

Angka itu dijangka akan bertambah pada hari perhimpunan itu, katanya.

“Saya meminta semua pihak mengenepikan perentasan sempadan politik, pelbagai warna dan bangsa untuk bersatu memperjuangkaan keberadaan Baitulmaqdis dan rakyat di situ.

“Kita tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tetapi menghormati hubungan yang terjalin dengan Amerika Syarikat.

“Namun apabila hak dan kota suci di Baitulmaqdis diceroboh dengan hasrat melenyapkan sejarah kota suci Islam itu, kita perlu menunjukkan suara kita untuk mempertahankannya,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri juga menyeru rakyat Malaysia pelbagai agama mengenepikan perbezaan agama demi keamanan bersama dalam perhimpunan solidariti berkenaan pada Jumaat ini.

Ditanya sama ada pemimpin pembangkang seperti Tun Mahathir Mohamad akan dijemput menyertai perhimpunan itu, beliau berkata, jemputan sudah mula dihantar bermula petang semalam kepada semua pemimpin tanpa mengira latar belakang politik.

“Kita menjemput semua penceramah tidak kira parti politik pembangkang atau sebagainya untuk forum yang akan diadakan bermula pukul 12.30 tengahari Jumaat ini yang menjurus kepada suara solidariti rakyat kita.

“Malah dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu lalu, saya telah meminta pandangan presiden setiap parti Komponen dalam BN dan mereka turut bersetuju akan menghadiri dan menyatakan sokongan dalam perhimpunan itu di Masjid Putra nanti.

“Forum akan disambung selepas solat Jumaat dan solat hajat memohon keselamatan rakyat Baitulmaqdis, khutbah dan akan diikuti ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin-pemimpin NGO dan akhirnya ucaptama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*