‘Mimpi Ngeri’ Mkhitaryan Bakal Berakhir

Share This:

HENRIKH Mkhitaryan sedia melupakan ‘mimpi ngeri’ bersama Manchester United dalam tempoh terdekat ini.

Pemain Armenia itu memulakan musim ini dengan baik bersama United, tetapi dengan prestasi tidak konsisten menyebabkan di dipinggirkan pengurus Jose Mourinho.

Malah nama Mkhitaryan langsung tidak disenaraikan dalam enam perlawanan terakhir United sebelum ini.

Pemain berusia 28 tahun itu kali terakhir dilihat kelibatnya di padang ketika aksi kemenangan ke atas Brighton bulan lalu.

Menurut laporan Corriere della Sport,  Inter Milan dilaporkan sedia membawa Mkhitaryan keluar daripada Old Trafford.

Malah egennya, Mino Raiola mendedahkan dia akan memindahkan pelanggannya ke Itali bulan depan.

 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*