Kaka Gantung But

Share This:

RIO DE JANEIRO: Bintang legenda bola sepak Brazil, Kaka mengumumkan persaraannya pada usia 35 tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Bekas pemain tengah AC Milan dan Real Madrid itu, mengumumkan keputusannya menerusi media sosial, selepas beraksi pada perlawanan terakhir dengan kelab Orlando City, kira-kira dua bulan lepas.

“Ia lebih daripada yang saya bayangkan. Terima kasih! Saya sekarang bersedia untuk perjalanan seterusnya,” tulis Kaka.

Beraksi sebanyak 95 kali untuk negaranya, Kaka bersama pasukannya pernah memenangi Piala Dunia 2002 dan dipilih sebagai pemain dunia FIFA pada 2007.

Kerjaya dalam arena bola sepak bermula di Sao Paulo pada 2001, tetapi pada ketika itu, beliau bersama dengan kelab AC Milan yang disertainya pada 2003.

Selain itu, Kaka juga pernah mengetuai kelab Itali Scudetto 2003-2004, Supercoppa Italiana 2004, Piala Super UEFA 2007, Piala Dunia Kelab FIFA 2007 dan gelaran Juara Liga 2006-2007.

Kaka kemudian berpindah ke Real Madrid pada 2009 dengan yuran 67 juta Euro, meskipun beliau tidak benar-benar cemerlang ketika bersama pasukan Milan itu, Kaka membantu Kelab Sepanyol tersebut menggondol Piala Copa Del Rey pada musim 2010-2011 dan gelaran La Liga 2011-2012.

Beliau kemudian kembali semula ke Milan untuk musim 2013-2014, sebelum mengambil keputusan menamatkan kariernya ketika bersama Orlando City.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*