Kacau Penumpang Di LRT, 21 Lelaki Gila Seks Ditahan Sepanjang Tahun Ini

Share This:

Seramai 21 lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap penumpang LRT dan MRT bagi sepanjang tahun ini, telah ditahan.

Kosmo melaporkan semua suspek melakukan perbuatan tidak senonoh itu terhadap penumpang perempuan, sebelum ditangkap selepas aduan dibuat.

Dalam pada itu, pihak Kumpulan Prasarana telah meneliti CCTV sebelum polis bantuan membuat tangkapan, menurut ketua komunikasi kumpulan tersebut.

“Sepanjang tahun ini, seramai 21 suspek daripada 22 kes aduan seksual yang dilaporkan oleh penumpang berjaya dikesan dan ditangkap polis,” kata Lin Jin Aun.

Beliau juga meminta mangsa segera melaporkan kes, berbanding menularkannya di laman sosial. Ini bagi mengelakkan suspek bersembunyi.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang pelajar 20 tahun, dicabul apabila kemaluannya disentuh lelaki tidak dikenali ketika menaiki eskalator di LRT Masjid Jamek.

Rakan mangsa sempat merakam wajah suspek dan menularkannya di laman sosial.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*