Janda Dibunuh Sebelum Dibogelkan Dan Dibuang Di Bawah Jejantas

Share This:

Kejam! Mayat seorang janda berusia 37 tahun dipercayai dibunuh telah ditemui dengan kesan lebam di mata kanan dan benjol di dahi.

Memetik Bernama, mayat itu ditemukan di bawah jejantas berhadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2, Klang semalam.

“Berdasarkan siasatan awal, mayat ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan seluar dalam ditanggalkan sehingga di buku lali kiri mangsa.

“Kami syaki mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di tempat kejadian,” kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.

Dalam pada itu, siasatan awal polis mendapati mangsa pernah ditahan sebelum ini berhubung kesalahan dadah dan dua anaknya berusia 10 dan 15 tahun kini dijaga oleh adik kandungnya di Shah Alam.

Pihak polis juga telah menahan tiga lelaki berumur antara 32 hingga 53 tahun bagi membantu siasatan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*