Isu Panggilan Hangit, Hot FM Mohon Maaf

Share This:

Susulan dari  segmen panggilan hangit yang dikendalikan oleh stesen radio terkenal, Hot FM yang dikecam hebat netizen gara-gara memuat naik panggilan palsu ke atas seorang sukarelawan yang memohon bantuan tajaan, mereka tampil dengan kenyataan memohon maaf secara terbuka.

Melalui kemaskini di Twitter dan Facebook rasmi mereka, Hot FM memohon maaf kepada Zairidan seluruh rakyat Malaysia yang tersinggung dengan rakaman panggilan hangit yang dilakukan oleh mereka. Tambahnya, mereka langsung tiada niat untuk mengaibkan dan menyinggung perasaan mana – mana pihak.

Dalam perkembangan lain, Zairi menerusi kenyataannya di Facebook juga telah memaafkan stesen radio itu serta tidak salahkan mereka 100%.

Menurut beliau, jika tidak tular insiden tersebut, ramai yang tidak akan tahu bahawa beliau juga sedang berusaha untuk mencari penaja bagi program sukarelawannya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*