Interpol Batal Notis Merah Sebagai Bukti Zakir Naik Bukan Ancaman

Share This:

 

Permohonan notis merah dikemukakan India kepada penceramah terkenal, Dr. Zakir Naik telah dibatalkan oleh Interpol. Tindakan Interpol membuktikan beliau bukan ancaman kepada keselamatan.

 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata pihaknya bersyukur apabila Zakir, 51, dibebaskan daripada tuduhan jalan kegiatan keganasan seperti didakwa kerajaan India baru-baru ini.

 

“Perkasa bersyukur Interpol membatalkan notis merah Zakir dan mengarahkan semua pihak memadamkan semua data berkaitan dakwaan palsu terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur pada Isnin.

 

Notis merah ialah permintaan sebuah negara untuk jejak dan tahan individu bagi proses ekstradisi yang dikeluarkan organisasi polis antarabangsa berpusat di Perancis itu berdasarkan permintaan negara tertentu atau tribunal global.

 

Namun, ia bukan waran tangkap sejagat. Jika Interpol menguar-uarkan Notis Merah, individu itu hanya disyaki terbabit jenayah, masih belum dihukum dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh pihak mahkamah.

 

Ibrahim berkata, Agensi Siasatan Kebangsaan (NIA), India menfailkan senarai tuduhan terhadap Zakir bahawa beliau pengaruhi golongan belia konon melakukan keganasan dan ucapan berbaur kebencian pada Oktober lalu.

 

Bagaimanapun ujarnya lagi, langkah terkini Interpol boleh membersihkan nama Zakir yang juga pengasas Yayasan Penyelidikan Islam dan Harmony Media Limited, daripada sebarang tuduhan melulu, prasangka dan fitnah jahat.

 

Beliau berkata, keputusan Interpol itu semalam sekali gus membuka mata segelintir pihak tertentu yang dikenal pasti sebagai anti-Islam untuk kembali menjernihkan hubungan renggang antara kaum dan agama di negara ini.

 

Ibrahim berkata, Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P. Waytha Moorthy serta 18 yang lain sepatutnya segera tarik balik dan mengugurkan tuntutan mahkamah terhadap pendakwah kelahiran Mumbai itu.

 

Zakir atau nama penuhnya Zakir Abdul Karim Naik yang juga pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 peringkat kebangsaan, diberikan taraf sebagai Penduduk Tetap oleh pihak imigresen Malaysia sejak lima tahun lalu.

 

Beliau yang sering menjelajah ke seluruh dunia untuk berdakwah bagaimanapun dibenci gerakan anti-Islam ekoran kejayaannya mematahkan hujah bukan Muslim ketika berceramah sehingga menyebabkan ramai memeluk Islam.

 

Perkara tersebut menyebabkan Zakir pernah menerima ugutan jenayah termasuk ancaman bunuh dengan tawaran ganjaran cukup lumayan jika ada sesiapa yang tampil berjaya memenggal kepalanya itu.

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*