Elfira Loy Habiskan RM10 Ribu Dalam Masa Sejam

Share This:

Fuh, boleh buat geleng kepala bila tahu harga kosmetik yang dibeli oleh Elfira Loy dalam masa satu jam sahaja.

Melalui saluran YouTube, Twinkel TV, aktres cantik ini ada membuat review tentang barang-barang kosmetik.

Katanya dia  menghadiri sebuah majlis di Los Angeles dan berkesempatan untuk singgah di Sephora.


“Saya habiskan masa selama sejam berada di Sephora untuk membeli barang. Saya telah membelanjakan hampir RM10,000 di Sephora.

“Mampus, tak tahu kenapa boleh jadi macam ni. Tetapi disebabkan dah sampai kaunter, tak boleh patah balik, kita terima sajalah,” katanya.

Foto: IG Elfira Loy

RM10,000 okay! Elfira juga kata dia tidak mahu membeli alat solek lagi lepas ni.

Sementara itu ramai netizen yang memberikan pelbagai reaksi termasuk mengatakan Elfira membazir.

Ada juga yang kata teruklah bakal suaminya nanti iaitu Sufian Suhaimi, nak tanggung perbelanjaan mewah dirinya.

Foto: IG Elfira Loy

Kalau banyak duit apa salahnya kan? Lagi pun Elfira usaha dengan titik peluhnya sendiri, bukan minta duit orang lain kan? 

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*