Aksi Jijik Pasangan Kekasih Lakukan Seks Atas Patung Biri-biri

Share This:

Perbuatan yang tidak senonoh dan langsung tiada rasa malu. Ini yang berlaku kepada sepasang kekasih yang dengan selambanya melakukan seks di atas patung biri-biri di New Zealand.

 

Menurut sumber,kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi. Perbuatan mereka itu menyebabkan orang ramai sakit hati lalu melaporkan kepada polis.

 

Namun ada pula yang merakamkan aksi berkenaan.

 

“Mereka melakukan seks atas biri-biri. Saya ingatkan mereka ini dicabar, Salah seorang daripada kawan saya telah memuatnaik dalam media sosial dan semua orang ketawa, kecuali ibu saya yang tidak suka melihat perbuatan itu,’’ kata seorang lelaki yang berada di tempat kejadian.

 

Dalam pada itu, jurucakap polis memberitahu pihaknya kini sedang menyiasat klip video seks berkenaan dan meminta mereka yang menyaksikan perbuatan itu supaya tampil memberikan keterangan.

 

“Kami mengambil serius mengenai benda ini dan siasatan akan dijalankan. Jika sabit kesalahan mereka yang melakukan perbuatan lucah di khalayak ramai boleh dihukum penjara dua tahun,’’ kata jurucakap polis.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*