Turki Mahu Buka Kedutaan Di Baitulmuqaddis Timur

Share This:

Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan hari ini memgumumkan Turki akan membuta Kedutaananya di Baitulmuqaddis Timur, tidak sampai dua minggu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan AS akan memindahkan Kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmuqaddis.

Bukan itu sahaja, langkah ini sebagai membantah tindakan AS mengiktiraf bandar suci Islam itu sebagai ibu negara Israel yang mencetuskan kemarahan orang Islam seluruh dunia.

“Insya-Allah waktunya sudah hampir apabila secara rasmi dengan izin Allah kita membuka kedutaan Turki di sana,” kata Erdogan semasa berucap kepada penyokong Parti Keadilan dan Pembangunan di Karaman hari ini.

Katanya Pesuruhjaya Tinggi Turki di Baitulmuqaddis ketika ini sudah diwakili seorang Diplomat bertaraf Duta.

Baitulmaqdis Timur – atau nama lainnya al-Quds – ialah bandar lama yang diletak di bawah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) namun dijajah Israel pada 1967 tanpa mendapat pengiktirafan dunia.

Ia dianggap penting kepada tiga agama – Islam, Kristian dan Yahudi – dan Palestin bercadang menjadikannya ibu negara pada suatu hari nanti.

Pengumuman Erdogan itu secara tidak langsung menunjukkan – secara simbolik – pengiktirafan Ankara kepada ibu negara Palestin.

Konflik di Timur Tengah banyak berkisar mengenai kedudukan Baitulmuqaddis dan Washington mengiktiraf ia sebagai ibu negara Israel dengan membuka kedutaannya di situ pada 6 Disember lepas.

Reuters melaporkan rancangan Erdogan itu namun tidak dapat dipastikan bagaimana Ankara mahu melakukannya.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*