Suami Kerja Tidak Tetap Jadi Semua Hal Belanja Rumahtangga Saya Uruskan..Tetapi Suami…

Share This:

 

Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan Isteri merelakan diri untuk membantu suami.

 

Namun, ia bukan satu melepaskan tanggungjawab suami untuk memberi nafkah.Menjadi seorang suami yang baik adalah menghargai bantuan isteri ,tidak menyakiti hati isteri dan mengambil berat tentang isteri seperti kisah yang dikongsikan dalam sebuah media sosial ini yang menjadi pengajaran bagi suami.

 

Saya hidup bermadu hampir 2 tahun, seksanya hanya saya dan Allah tau bila suami tidak mampu dr semua segi. Saya bekerja tetap dgn gaji 7k sebulan, suami kerja tidak tetap jadi
semua hal belanja rumahtangga saya yang uruskan.

 

Cumanya saya diuji dgn lambat nya rezeki zuriat. Tahun ke 16 perkahwinan baru saya dikurniakan nikmat utk menjadi ibu. Tahun ini juga lah suami kahwin dgn janda tua anak 7. Bini muda kan jd saya diabaikan mengandung keseorangan melahirkan anak keseorangan kerna suami tidak angkat telefon kemaruk bini muda yang tua.

 

Saya hampir meroyan anak meninggal selepas dilahirkan. Dugaan baru buat saya bila madu.Saya mengandung biarpun sudah berumur 49 tahun. Makin saya diabaikan suami, tidak balik rumah saya. Sudah tidak sentuh saya.

 

Hari ini suami saya hanya jenguk saya 2 jam seminggu sahaja. Seksanya batin saya. 2 jam seminggu utk saya. Mana hak saya sebagai isteri susah senang dulu.

 

Ini lah isteri takut utk berpoligami sebab suami.tidak mampu setiap segi.Air mata tetap jatuh juga bila mengenangkan nasib rumah tangga saya. Suami saya seolah2 takut utk balik rumah saya. Pakaian dia semua diangkut rumah bini muda yang tua itu.

 

Saya minta dilepaskan, katanya sayang. Saya pun berserah pada Allah agar saya boleh move on.Saya terluah deritanya hidup saya ketika ini.

 

Berikanlah.kata nasihat utk saya. Agar saya boleh melangkah keluar dari.hidup penuh duka ini.

 

Bagaimanapun,suami isteri perlu saling bantu-membantu dan menghargai pengorbanan pasangan masing-masing.

 

-PRU14.TV

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*