Selepas Plan A Dan B Gagal, Mahathir Gunakan Artis Untuk Plan C

Share This:

Sejak 2014, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad begitu aktif menyerang dan cuba menjatuhkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan kerajaan yang dipilih secara sah oleh kerajaan. Ada sahaja helah yang dibuat oleh Mahathir dan rakan pembangkangnya yang lain walaupun hampir kesemua gerakan yang mereka lakukan itu terlalu banyak fitnah dan penipuan.

Dalam satu temubual, Mahathir mengakui, dia telah menggunakan Plan A dan Plan B dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan. Terbaru, samada disengajakan ataupun tidak, Mahathir mendakwa, dia telah mula menggerakkan Plan C untuk mencapai apa yang dia hajatkan. Persoalannya, apakah Plan C yang sedang dirangka oleh Mahathir ini?

Mungkin ada yang perasan ataupun tidak, nampaknya, Plan C yang dimaksudkan Mahathir ini adalah menggunakan artis sebagai modal untuknya meraih sokongan. Mahathir sedar, golongan artis ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan jika ada seseorang artis mula bersuara menerusi laman sosial miliknya, ianya sedikit sebanyak mempengaruhi para peminat artis berkenaan.

Pada kebiasaanya, golongan artis berkenaan akan menggunakan alasan kebebesan bersuara dalam menyampaikan apa yang mereka mahu sampaikan. Sebagai contoh, artis kontroversi, Nur Fathia Abdul Latif begitu aktif di laman sosial Twitter dalam menghentam kerajaan.

Daripada respon di setiap Tweet yang di muat naik, ada diantara peminatnya yang menyokong apa yang diperkatakan oleh Nur Fathia ini. Begitu juga dengan suara keras Shahnaaz Ahmad, kritikan demi kritikan Adibah Noor, Sheila Majid, dan beberapa orang lagi artis. Kesemuanya lebih menjurus kepada menghentam kerajaan walaupun apa yang dilakukan kerajaan itu sebenarnya penuh kebaikan.

Terbaru, Datuk Farid Kamil yang secara terang-terangan mengeluarkan satu video klip pendek yang menyerang kerajaan yang dakwanya penuh korup dan kleptokrasi. Sehingga kini, Farid tidak menafikan kewujudan video berkenaan yang menyaksikan dia hanya mengenakan kain pelekat dengan berbaju T tertera wajah Mahathir.

Jika sebelum ini Mahathir lebih menumpukan tuduhan seperti rasuah dan mencuri kemudian beralih kepada 1MDB, hari ini, langkah terbaru hasil daripada nasihat mereka yang berada disekelilingnya yang jauh lebih muda, gunakan pengaruh artis untuk mengalihkan sokongan kepada kerajaan. Begitu mudah modus operandi kem Mahathir untuk mencari populariti.

Dalam hal ini, kem Mahathir tidak perlu mengeluarkan apa-apa peruntukan untuk promosi kerana kerja-kerja promosi menghentam kerajaan ini dilakukan oleh artis-artis. Tidak dapat dipastikan samada mereka dibayar ataupun tidak namun, mereka sebenarnya cukup bernasib baik kerana seandainya Mahathir menjadi Perdana Menteri hari ini, nasib mereka jauh lebih buruk daripada apa yang mereka sangkakan.

Imbas semula bagaimana Amy Search, Awie, Datuk M Nasir dan ramai lagi yang pernah di gam oleh semua saluran media televisyen hanya kerana alasan-alasan yang remeh temeh. Amy dan Awie di gam kerana berambut panjang manakala Datuk M Nasir pula di gam kerana bertanyakan siapa Mahathir.

Mungkin kejadian lama wajar dijadikan iktibar oleh artis-artis yang mula berani menghentam kerajaan yang ada pada hari ini hanya semata-mata terikut rentak kemahuan Mahathir. Bukan menafikan hak kebebasan bersuara cuma, kelompok artis ini perlu tahu dahulu apa yang mereka mahu perjuangkan dan bukan hentam semborono.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*