Presiden MCA Gelar Lim Kit Siang Pemimpin Tidak Berprinsip

Share This:

Dari mulut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sendiri, beliau tahu perpaduan kaum dan kemakmuran negara dijangka akan hancur jika pemimpin DAP, Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

Pada masa sama, Presidenya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Ketua Parlimen DAP itu bukan seorang pemimpin yang berprinsip.

“Kit Siang tidak boleh dipercayai.

“Kita yakin beliau akan bawa kepada perpecahan masyarakat,” katanya selepas majlis bersama rakyat di Restoran Sin Yu Lee, Taman Kota Paloh, Kluang, semalam.

Tiong Lai mengulas hasrat Kit Siang yang dilaporkan berhasrat menjadi ketua negara sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU-14.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang mengesa rakyat menolak pemimpin DAP itu yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri disebabkan bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai Agama Persekutuan serta parti itu dilihat gagal menjadi kerajaan bersih.

Tambah Tiong Lai, Ahli Parlimen DAP- Gelang Patah itu bijak memanipulasi politik dan sanggup membuat apa sahaja demi kemahuannya.

“Sebelum ini, Kit Siang sanggup menyokong PAS untuk meyakinkan rakyat, namun kini beralih memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila PAS tidak mengikut telunjuknya.

“Dia sememangnya tidak boleh dipercayai dan hanya omong-omong kosong tanpa ada prinsip,” katanya.

Sementara itu, Tiong Lai turut mengumumkan penyandang kerusi Paloh, Teoh Yap Kun dikekalkan sebagai calon kawasan berkenaan.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*