Mourinho Pun Malas Nak Rai Gol Lukaku

Share This:

SELEPAS Romelu Lukaku menjaringkan gol ke atas West Bromwich Albion, penyerang Manchester United itu memilih untuk tidak meraikan jaringannya.

Lukaku menanduk masuk gol pertama United selepas menyempurnakan hantaran Marcus Rashford dengan Jesse Lingard menggandakan jaringan dalam kemenangan 2-1 itu.

Namun tindakan Lukaku itu dikritik legenda United, Gary Neville.

Pengurus United, Jose Mourinho bagaimanapun mempertahankan tindakan Lukaku dan percaya dia bertindak demikian sebagai tanda hormat kepada bekas kelabnya.

Dan Mourinho menjelaskan mengapa dia mengambil pendekatan untuk turut tidak meraikan jaringan Lukaku.

“Saya juga tidak meraikannya. Tiada siapa lebih gembira berbanding saya.

“15 tahun lalu, saya melihat diri saya meraikan gol. Dengan kematangan, anda akan pergi ke satu tahap iaitu berjaya mengawal emosi dengan lebih baik.

“Lukaku gembira semasa berada di West Brom – mungkin ia sebagai tanda cinta kepada bekas kelabnya itu,” kata Mourinho.

Comments

comments

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*