Misteri ‘The Scared Riana’ Yang Menyeramkan

 

Misteri The Sacred Riana adalah seorang ahli silap mata wanita dari Indonesia yang berjaya ‘menakutkan’ juri Asia’s Got Talent, David Foster, Anggun dan Jay Park baru-baru ini.

 

Ini bukanlah kali pertama Riana membuat persembahan silap mata sebegitu. The Sacred Riana atau nama penuhnya Marie Antoinette Riana Graharani sebenarnya pernah menyertai satu program realiti tv Indonesia, The Next Mentalist pada 2014 dan menjadi juara. Riana mula mendapat perhatian apabila dia melakukan silap mata mengeluarkan roh dari tubuhnya tanpa sebarang helah kamera.

 

Dengan menggunakan nama pentas The Sacred, Riana membuat persembahan sambil membawa watak seorang perempuan yang tidak bercakap. Persembahan silap mata Riana adalah gabungan silap mata dan elemen horror atau mistik.

 

Walaubagaimanapun, Riana bukanlah orang yang menakutkan di dunia sebenar. Riana hanya berkelakuan sebegitu ketika melakukan persembahan sebagai satu gimik. Di belakang tabir, Riana hanyalah seorang gadis biasa.

 

Perwatakannya yang misteri dan cukup menakutkan. Dengan mengenakan pakaian seragam pinafore setiap minggu dan tidak mengeluarkan dialog yang terlalu banyak, Riana telah menunjukan auranya tersendiri hingga dinobatkan sebagai juara Asia’s Got Talent musim kedua.

 

Pada hari pertama lagi gadis yang berasal daripada Indonesia yang terkenal ini diberi gelaran The Sacred Riana ketika datang audituion di pertandingan tersebut.

 

Memang tidak dinafikan menakutkan betul! Tak percaya? Tengok sendiri video di bawah…

 

 

 

 

-PRU14.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *